ADD :)

Wednesday, 14 January 2015

Wajah Baru



Blog hijau sudah bertukar wajah.
Sebenarnya dah terdelete code untuk template yang lama. 
Terpaksa guna template yang sedia.
Nampak simple dan tak terlalu kusut sebab blog lama dulu banyak sangat gadget yang comel.
Muahahaa. Comel ke? Aku rasa macam budak-budak je.
Okay. Simple macam ni baru kena dengan jiwa aku.
Tapi header sangat besar. Tak tau macam mana nak edit.
Takpe, terima je yang ada ni. Daripada kosong je kan?


Okay. Sekarang sebenarnya aku tengah struggle dengan research.
Masih menunggu SV punya respons.
Tak pasti dapat balik cuti ke tak untuk sem ni.
Wuaaaa. Aku dah siap kemas semua barang dah.
Tapi tiba-tiba tau kena buat pretest/pilot study.
Kecewa sangat. Dahlah patutnya balik hari ni.
Okay itu luahan untuk hari ni.
Aku mungkin tak sempat cerita apa-apa di sini. 
Maafkan aku.



Tulisan tangan,


Wednesday, 7 January 2015

Will update soon!




Maaf kepada diri sendiri. 
Dah setahun blog hijau ni tak di update. Mungkin akan rancak mengeluarkan post-post selepas exam selesai. InsyaAllah. Tak janji.
Banyak cerita suka duka yang aku mesti ceritakan di sini.
Sebab aku mudah lupa. 
At least kalau aku abadikan kat blog ni aku akan ingat sampai bila-bila.
Cerita aku dan mereka :)
Malas nak tulis panjang lebar. 
Nak tunjuk jejak je sebenarnya yang aku takkan melupakan blog ni. 
Esok last writing exam. Praktikal exam dah habis dah.
Doakan aku dan kawan-kawan aku semua.
Sebab kami nak grad sama-sama tahun ni. InsyaAllah ;')




Tulisan tangan,
Danis

Friday, 24 January 2014

Apa jadi lepas exam?


Lepas exam hari tu sebenarnya hati aku macam dah tak rasa apa-apa. Takda feel. Nak seronok tapi tak tau apa yang nak diseronokkan. Sebab aku tau aku buat yang tak berapa terbaik untuk exam kali ni. Sedih lah bila bukak cerita pasal exam ni. Tapi memang lega gila lah lepas exam hari tu. Alhamdulillah, berakhir lah sem 5 aku. Mohon doa semua ^^

Okay, habis exam apa lagi. Kemain jalan-jalan lah aku dengan coursemate aku semua. 
Hilang terus pasal exam. Ingat nak release tension ja masa tu. Tak elok sebenarnya. Jangan ikot akak-akak ni ye adik-adik. 

Pertama sekali makan lah. Perut sangat penting ye! Jauh kitorang sampai pergi KFC kat area Cheras kot. Aku lupa lah tempat die. Rasa macam Taman Maluri. Daripada Kampung Baru tu kena lalu semua jem dah akhirnya sampai kat jusco Aeon!

Lama jugak tak pekena KFC sepanjang minggu exam tu.




Lepas tu lepak kat Dataran Merdeka pulak. Perlu ye selfie selfie ni *lol*



Habis KFC & Dataran Merdeka, esok harinya aku pergi kat Taman Botani kat Shah Alam pulak.
Weee ~ 
Dengan berbekalkan laksa penang kak mira masak, kami menuju ke Taman Botani. Sampai sesat-sesat nak cari Seksyen 8. Kesian kak mira yang bawak kereta. Nasib baik die sabar! *Padahal dah tension-tension dah dalam kereta* ahaaaa~

Musim sejuk masa aku pergi sane. Tak sanggup duduk sejuk-sejuk tu. Kejap je terus keluar.
Bak kata dayah: Bersyukurlah duduk kat Malaysia ni. 














Cerita 2014 bermula!


Alhamdulillah 2014 dah sekerang. Bertambah tahun jadi bertambahlah umur.
2014 ni aku sambut dengan nota-nota yang tak akan habis terbaca. Hohoooo. Minggu exam kot tahun baru kali ni. Bukan tahun ni ja, tapi tahun-tahun sebelumnya dan tahun akan datang pun masih sama. 
Exam fever = New year!

Tahun ni agak lain sebab aku sambut kat plaza rah. Almaklum lah dah tak dapat duduk dalam kolej, kena campak kat luar. Hari-hari tengok KLCC depan mata. Aku ada gamba KLCC bersama bunga apa tapi ada kat instagram. Harap sesiapa yang nak tengok boleh tengok disini http://instagram.com/danis_gween
Promote insta kejap. Heeeee. Sekali sekala apa salahnya. 




Yang ni time KLCC kaler ala-ala pink purple hari tu. 

Dan pemandangan yang luas. Aku hanya perlu duduk di balkony sahaja. Heeee ^^
Kadang-kadang aku berangan entah apa-apa sambil tengok-tengok ni. Pasal masa depan, kerjaya, kesusahan, kepayahan. Cewaaah.. Berangan lah katekan. Tapi sambil berfikir jugak ciptaaan Allah. Muhasabah diri juga. 





Sweet memory at Sungai Gabai ~


Memory ni aku kena abadikan kat blog ni. Walaupun dah agah lama benda ni. Aku nak post jugak! Sebab busy sangat dan sem yang agak hectic, so aku sempat post sebijik gamba ja kat fb. Tapi tak sempat nak menulis kat blog hijau ni.  Heee. Maaf sebab lama sangat blog ni terabai. So, bila cuti ni aku tulis semua! Hahaaa *gelak jahat* Maaf readers semua. *Cehh, macam banyak je readers kan?*


Okay okay. Ni first time rasenya ktorang semua keluar ramai-ramai. Dan event pertama yang paling berjaya dalam abad ini! Muahahaaaa. Kitorang pergi dengan 4 buah kereta. Seronok dalam kereta, banyak je benda yang kelakar keluar daripada mulut masing-masing. FYI, yang bawak kereta semua gegirl disebabkan gegirl ja paling berani dalam kelas aku tu. *Just joking* Sebab empunya kereta tu perempuan, so mereka lah yang bawak kereta. Itulah cerita sebenarnya ~

Nampak tak? Sebab aku kereta paling belakang sekali so aku berjaya ambil gambar 3 kereta yang depan. Weee ~ *Perlu lah seronok sikt*

Lupa bagi tau. Ktorang pergi ni 20 Oktober hari tu. Ni semua memory 2013 ni.


Sampai kat sana, terus cari tempat lepak yang sesuai. Boleh tahan ramai jugak orang hari tu. So, susah nak cari tempat kosong yang sesuai. Sambil-sambil tunggu dorang cari tempat, sempat jugak kami semua snap banyak-banyak gambar. Naik kat atas sungai dah, kat bawah pun dah. Last-last kita lepak kat bawah-bawah jugak.




Sampai kat tempat tu terus susun-susun makanan semua. Wahhhhh. Dapat jugak tempat kosong. Disebabkan perut juga berkoncong entah lagu apa, so makan lah terus! Makanan semua dimasak menggunakan tangan anak-anak dara yang ramai dalam kelas aku. Classmate aku ni 3 orang ja lelaki. Suruh beli buah tembikai pun taknak. Suruh budak perempuan yang buat semua. Terok-terok dorang bertiga tu *geleng kepala sambil menaip*




Kat sungai ni aku tak mandi. Sebab memang habit tak mandi kalau pergi pantai ka, sungai ka, laut ka. Memang aku tak mandi. Aku tak selesa sangat nak mandi kat sana. Lagi selesa tengok-tengok. Heeeee ^^



Gambar kenangan bersama mereka! :D