ADD :)

Friday 24 January 2014

Sem paling hectic!

'

Hye bloggers!

Lame betul aku hilang entah ke mana kan? Macam mana life aku sem 5 ni? Ishhhh. Tak tau nak start macam mana.  Lama betul takda post. Mungkin aku start story dengan posting kat HSA aka Hospital Sultanah Aminah, JB dulu kot. Agak hectic jugak sem 5 aku ni.

Sebagai pelajar, serious banyak kena improve! Dari segi handling skills, communication, pujuk patient buat exercise & bla bla bla. Sebelum posting punya semangat nak baca case study semua, tapi last last tak terbaca jugak. Inilah pelajar paling malas sekali. Wuwuuu. Sedih pulak aku dengan diri sendiri. Tapi posting kali ni aku belajar banyak benda. Banyak kali aku buat salah. Dan daripada situlah aku belajar. Yelah, tak student lah kalau tak buat salah kan? Hihii ><

Tapi nasib baik therapist kat sana okay. Walaupun dorang tu cakap belakang, aku tak pandai ni lah, tak pandai tulah & kutuk macam macam. Eh? Mana aku tau dorang kutuk ni? Hahaaa. Mestilah. Aku ada spy kot. Emm. Compare budak degree dengan budak diploma tu perkara biasa. Dorang ada bayak pengalaman praktikal tapi mungkin dari segi ilmu ktorang yang lebih siket. Ktorang kurang terdedah dengan handling skills & praktikal. Mana tak nye, budak diploma posting sampai 3bulan 1 sem. Ktorang sebulan ja. Tu yang banyak kurangnya. Tapi serious aku salute dengan dorang. Banyak benda dorang tau. Bagi aku, nak jadi Physio ni praktikal kena lebih bukan theory. Tapi dengan theory yang ktorang ada ni, ktorang boleh pergi jauh. Boleh jadi educator, pegawai atasan & pergi peringkat lagi tinggi. Degree ni tiket untuk ktorang pergi jauh. Insha Allah. Mohon doa semua pembaca. Heee :)


Masa posting baru aku tau cara dorang bekerja. Aku pun lebih kurang bekerja jugak lah kat sana. Pagi-pagi bangun pukul 6 siap-siap masuk kerja pukul 8 & balik pukul 5. Kat rumah tu sempat buat report patient lepas tu terus tidur. Agak tak terurus lah sebab aku tak cari info lebih pasal case study tu. Teruk jugak lah aku ni. T_T Aku macam terapung-apung atas angin, cuba nak terbang lagi tinggi, tinggi dan tinggi lagi. Tapi bila dah sampai cukup tinggi, aku takut. Aku takut jatuh. Aku takut nak ambil keputusan, aku takut aku buat salah. Semua tu sebab ilmu yang aku ada, aku tak apply. Dan ilmu yang aku lupa, aku tak cari balik kat kamus otak aku ni. Dan aku tak cuba cari kat internet, tanya orang ke. Aku sangatlah teruk ya di sini. Jangan ikut readers sekalian. Tapi lama-lama posting tu, aku dah cuba improve siket-siket dan tak banyak masalah yang aku dapat. Alhamdullillah. Aku minta dipermudahkan lagi sem depan.


Muka aku paling excited sebab dah abes posting. Ohoooo ~


Walaupun busy sangat masa posting tu, sempat jugak aku pergi desaru & JPO aka Johor Premium Outlet. Heeee. Terima kasih kat pakcik baik yang sudi bawak aku & kawan aku jalan-jalan. Hahaaa. Maaf pakcik kerana saya mention pakcik kat blog ni.



Kat desaru tu aku tak mandi pun. Segan dah besar nak mandi-mandi ni. So, aku main-main air jelah. Siap jadi ikan duyung lagi. Maaf duyung-duyung yang lain, bukan sengaja nak merampas mahkota kamu tapi niat nak main pasir ja. Last-last jadi ikan duyung >.<







Kenangan kat Taman Merdeka ni je yang ada. Tak pernah-pernah aku duduk kat JB nak pergi jogging kat sini. Hohooo. Sebab laijie dengan chinyi baru merasa jogging kat sini. 
*Mereka adalah classmate yang sama-sama posting kat HSA dengan aku*










No comments:

Post a Comment

Silalah comment :)