ADD :)

Sunday 22 May 2011

TERUSLAH BERDOA :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
  
BACE LAH ARTICLE NEY :)

Daripada Abdullah ibn Abbas ra, bahawa Rasulullah pernah berdoa: "Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati (Muttafiqun alaih)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doa adalah mustajab bagi orang mukmin. Oleh itu hendaklah berdoa kepada Allah dengan menyerahkan diri dengan penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-sifatnya.
Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepadanya supaya diterima doanya.

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:"Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: "Dan berkata Tuhan-Mu: "Berdoalah kepada-Ku..."(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Doa itu ialah ibadat." (Riwayat Bukhari)

1. Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
2. Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
3. Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
4. Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T

Saturday 21 May 2011

NAK AMEK COURSE APE KT U NNTI ??

BIDMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Actually result matrix bru klua baru2 ney,
Alhamdulillah result agak gempak. hehehe.
mmmm. nak apply medic, tp muet danys terok.
apply pon tkot tak dpt.
 cmne eyk ??


mak ngn ayah nak sgt2 danys jd doc
dorng mesty heppy sgt2 kalaw danys dpt medic

heppy klaw dorg hepy :)

doakn yg terbaek utk danys k ! :)
xamek medic pn xpe, tapi kalaw ade rezeki amek jela kan ?
mayb klw xdpt medic ALLAH bagi jalan yang lain utk bahagiakn mak ngn ayah
berdoa dan tawakal danys !:)



 



sekian :)

Wednesday 18 May 2011

HARI YANG MENDEBARKAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Result pspm2 akan diumumkan hari ney.
Mmmm. takot + gementar hari ney sampai xtawu na cakap ape 
macam mane result danys ney eyk ok ke tak.
dorang kate result klua hari ney (18.5.2011)
tp tak bole check la pulak.
berdebarnye, mesej ta sampai lagi, line busy pulak 2
banyak masalah bile na check result pspm2 ney.
bersaba jela + tawakal banyak2
ape2 pon gud luck tok sume yang mengambil pspm :)

GOOD LUCK :)


sekian :)

Monday 9 May 2011

KAWAN2 SETIA SEK MEN :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


UNTOK EPISOD KALI NEY
NAK CERITE PASAL DORANGG PULAK. HEEE :D

5 UM FAMILY :)

 duduk dari kiri : ady, apiz, fizi (ketua), ustzh hayati,sita(penolong),aliaa, ira
yang b'diri pulak: danys,niza, ada, dayah,dila, zura, nina.ain art,sofea, keyna. ain
yang lelaki kt atas 2 : ifny.chapik,botak,hera, kimi

firstly nak bagi tawu yang ktorang bersama selama 2 tahun(4 um n 5 um)
seronok giler jadi sebahagian drpd mereka-mereka ni :))
 gamba di atas diambil mse nak amek gamba class
tapi gamba 2 tak letak pun kt majalah jasa (majalah sek kami) sebab tak formal 
so, kitorang simpan jadi kenangan jelaa :)
dah lame la tak jumpe dorang :(
dorang ckp nak bercuti
mmmmm. tapi tak tawu lagi la camne....
nak pegi ke tak..
pegi. tak pegi, pegi, tak pegi. pegi. tak pegi, pegi, tak pegi.....
heeeeeeeee. tgok la cmner nanti taw :)
ape2 pon ALL THE BEST tok korang
danys tak kan lupe kat korang semua
mmmmmm. dah la tak tawu nak cakap pe lagi.
ok la. daaaaa.


sekian :)

Tuesday 3 May 2011

TERTARIK DENGAN ARTICKE NEY :) (HINDARI SIFAT MARAH)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

HINDARI SIFAT MARAH 
article di atas la tjok dye
jgn slalu marah2 tw :)
mls na tulis lg pnjg 
bace tw ! :D


SELAMAT MEMBACE :) 
Sememangnya hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.
Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita.
Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.
Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.
Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).
Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.
Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.

FIRMAN ALLAH
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.
Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.
Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.
Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”
Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.
Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.
FIRMAN ALLAH
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-’Imran: 133-134)


sekian saje :)

JUMPE MEMBER2 LAME :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Nak cite siket jewp. heeee :)
tepat pd pkol10.30 pg ktorg bgerak ke skola
danys sorg jewp sbenanye
dorg sume dah smpai dulu. (danys says:sorry lambat)
Hari ney jumpe nina + ira + aya + botak kt skola
ney la dorg

gamba di atas ney aya + botak



ney pulak ira + nina
seronok2 :) sbb dah lame tak jumpe dorg
 td jmpe cikgu ishak + ckgu aishah+ ckgu mohaini+ sir ngoi+ ckgu akmalia
n ramai lg ckgu :))


ney la aktiviti ary ney :)
sekian.