ADD :)

Sunday 25 September 2011

ZAI JANGAN LUPE KAT AKU TAW


DEDICATE TO :
KHUZAIMAH BINTI ABDUL MANAF


ESOK 27 SEPT PUKUL 3PAGI
ZAI BAKAL BERLEPAS KE EGYPT :((
UNTUK STUDY MEDIC KAT SANE
SEDIH TAW

KALAU NAK TAU KAT MATRIK DULU KTORANG SLALU MENHABISKAN MASE BERSAME
STUDY SAME2 WALAUPUN TAK SAME CLASS
DIA BANYAK BAGI NASIHAT N PENDORONG :)
SAYANG KAT DIA SANGAT2

TAPI MINTAK MAAF SEBAB KADANG2 TAK REPLY MESSAGE
JANGAN MARAH TAW ZAI


GUD LUCK.
SEMOGE KAU DAPAT APE YANG KAU NAK
AKU KAT SINI AKAN SENTIASA DOAKAN YANG TERBAEK UTK KAU

ZAI.
MUSLIMAH WANNA BE. HEEE :))


PENGALAMAN BERADA DI UKM


ALHAMDULILLAH
DAH NAK MASUK SEBULAN BERADA DI UKM KL

7 SEPT 2011 : Menjejakkan kaki di KOLEJ TUN SYED NASIR
(penempatan pelajar tahun1 ukm kampus kl)
rase agak teruja jugak sebab baru masuk uni. heeee
dah la danys datang awal. dalam pkol 7.30pg dah sampai kolej.
xbole daftar pon sebab pendaftaran start pkol9 pg. saba jela menunggu kat luar = ='
lepas semua settle, teros pergi cari bilik (c220)
hahaha. naseb baek bkan tingkat4
tengok la bilik yang serba hijau ney :))
kalau nak tau blok c semua barang2 kat bilik ney serba baruu
so, UNTUNGLAAA danys.
heeee


 danys yang pilih sendiri :))
langsir pn dapat colour ijau. weee


almari baru 

7-10 SEPT 2011: Selama 4hari, kami pelajar tahun1 sebok dengan aktiviti minggu mesra pelajar
akak2 n abang2 pc cakap untung kitorang tahun ney sebab xyah pergi orentasi kat bangi
kalau pergi kat bangi tu 
lagi huru-hara kat sane, agaknye tak sempat nak mandi
sebab aktiviti sangat padat kat bangi. banyak fakulti laen kat sane
kalau kat kolej tun syed nasir (ktsn) ney
akak2 n abang2 pc jage jage kitorang elok2
thanx to akak2 n abang2 pc :))
dalam mase 4hari tu, kitorang dapat rumah sukan masing2
danys rumah MERAH
agak sdey sebab xdapat rumah ijau :((
tapi xkesa la ape2 rumah sukan pon.


baju ktsn tahun ney :))


12 SEPT 2011: Kuliah dah bermula
hari 1st kuliah lecturer explain siket2 pasal ape yang bakal kite blaja
sem1 ney. kitorang banyak blaja pasal anatomy jee
introduction anatomy n physiology, anatomical terminology, cell and its ultrastucture, body fluid and electrolyte
fuhhhh. dalam mase 1hari jee ktorang blaja semua tuu
pfof hawa, dr. yanti n dr. satirah yang aja ktorang 
agak tough subjek anatomy ney
ape bole buad
study jelaaa :))


19 SEPT 2011: Ade orentasi dengan senior2 physiotherapy
hari tu jugak ade celebrate hari raye dengan senior2 year2,3 n 4
bole dikatekan meriah jugak aktiviti mase orentasi tersebut.
persembahan bdak2 tahun1 (danys la kan)
ingat2 gambar, 
buad roda daripada surat khabar yang boleh semua orang naek (aktiviti ney paling best)
heee

kami pelajar tahun1, ade 18 orang jee

giler gempak kene buad roda, naek ramai2 

 semangat akak2 ney

 jom makan


kad tulisan tangan


22 sept 2011: Danys terlibat dengan aktiviti pesta konvo ke-39
kene jage booth physiotherapy :))
kitorang ajar orang yang datang cara bernafas dengan betol
n then bagi dorang try sprirometer n triflometer
sedut alat tu, bukan hembus taww.
semua yang datang confused sebab dorang ingatkan kene hembus. hahaha.
macam2 gelagat.
sempat lah jugak amek2 gamba hari tu
yang jage booth 2orang je dalam 1mase
danys n syikin in charge hari tu

 danys pegang spirometer. kecik je alat tu

bertugas bersame syikin :)


24 SEPT 2011: Hari sukan antara kolej
kalau nak tau kolej ktorang la paling gempak
KOLEJ TUN SYED NASIR
mmmm. 
gerun kolej laen sebab semua budak2 tahun1 ktsn turun court
penoh court dengan bdak ktsn. HAHAHA
:)))



ITU JE KOT YANG DANYS NAK KONGSIKAN :)
HEEE.

SEKIAN


Tuesday 20 September 2011

MAK TAK MAKAN PUN TAKPE


 RASE NAK SHARE LEPAS BACE NEY



Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti


Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempoh hari.


Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.

"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.

Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.


Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.

Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.

Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.


Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :


"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."


Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"

Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."


Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."


Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."


Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'


"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.


Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..

Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan.




"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."



TERHARU JUGAK LEPAS BACE SEBAB KADANG2 MAK DANYS PN SAME
DYE SLALU CAKAP DYE XNAK MAKAN SKALI
TAPI SEBENANYE NAK TENGOK ANAK2 DYE MAKAN DULU
BARU DYE NAK MAKAN
SAYANG MAKKK!!!





SEKIAN

Friday 16 September 2011

WOWW. SETIAP APA YANG DIWAJIBKAN MESTI ADA SEBABNYA :)


SUJUD UNTUK PERKEMBANGAN OTAK MANUSIA






Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.
Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;
"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".

Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.

"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal."




*p/s: teruja membace article ney. so, nak share lah kat sini :)
lakukanlah suruhan ALLAH.
kite tak kan rugi ape2


SEKIAN

Monday 12 September 2011

MY 1ST DAY !


ALHAMDULILLAH
semua berjalan lancar je hari ney :)

LOCATION: BANGUNAN YAYASAN SELANGOR, UKM KAMPUS  KL
KOS YANG DIAMBIL: FISIOTERAPI
FAKULTI: SAINS KESIHATAN
MASA: 8.00am - around 12pm

mahasiswa yang mengambil kos fisioterapi ade 18 orang jee
cehhh. mahasiswa pulak *kitorg dah xdipanggil pelajar lg. hahaha
majoriti yang amek kos ney chinese student 
boys kat class tu ade 2orang jee
malay gurls 7orang. chinese gurls 9orang
naseb baek semua mesra alam mcm danys *prasan mesra kan ?
whatever laaa
hehehe

beria laa tunggu bas pkol 7.15  = ='
tp class tu start pkol 9lbey rasenye 
hahaha, smangat JIE ckp pkol 7.15 bekumpul kat k shop ktsn

mula2 sampai kat yayasan bole pulak sesat
semua xtawu pon class kat mne. haha
pergi tingkat 4--->tingkat 7----->tingkat5
kitorang msok dalam lif sumbat semua 18orang dalam tu
dah macam sardin da kat dalam lif
xnak sape2 kene tinggal :)
mmmmmm. rupe-rupenye class kat tingkat5
actually bukan class pn, tp oientasi jee
jmpe lecturer2 yangg sportingg n 
jumpe senior2 year2 until year4

1st:ktorang kene lantik ketua bagi setiap kuliah
after that bincang pasal kelab :)

kitorang terbabit dalam kelab fisioterapi
 n pengerusi cakap la pasal aktiviti kelab fisioterapi
buad beberapa aktiviti untuk kelab kitorang
antaranye jamuan raye+sukaneka++++++++
seronok jugak dengar
lepas tuu boleh balek 

time nak balek ktsn ktorang nekad nak jalan pergi fakulti
jaoh jugak rupenye jalan drpd yayasan pergi fakulti = ='
sebab takot bas xjalan depan yayasan punye pasal laa
hahaha, pengalaman yang berharga tuu

selesai semua
dalam pkol3 gerak pergi maybank teman AMIRA(member baru) buad acc sspn
lepas tuu dye pulak teman danys pergi beli barang kat area choww kitt
barang barang yang dibeli
tudong+jam+beg+cermin+++++
borong semua barang. hahaha
boleh tahan sebok jugak choww kitt tuu
tengah2 bandar lah katekan
n then dalam pukol 6 dah siap dah b'shoppingg

itulah pengalaman yang agak menarik mse 1st day
*ktsn singkatan kepada KOLEJ TUN SYED NASIR ( juga merupakan name sek men danys)
kalw nak tawu danys dlu sek kat sek men  TUN SYED NASIR ISMAIL
:)





SEKIAN :)