ADD :)

Friday 28 September 2012

Memaafkan bukan perkara yang mudah kan?


Kenapa susah nak memaafkan orang lain?
Adakah kita ni baik sangat dan  tak pernah buat apa-apa kesalahan?
Tak mungkin lah. Semua manusia akan buat salah kan?

Jadi, di kesempatan ini aku nak cerita siket betapa tak bestnya hidup kalau tak maafkan orang lain.

1. Rasa murung sepanjang hari. Malas nak cakap apa-apa. Kalau cakap pun buat sakit hati sendiri. Padahal orang lain takde kena mengena pun. = ='
2. Susah nak tidur sebab asyik dok fikir pasal orang lain yang menyakitkan hati.
3. Hati rasa macam tak kena. Boleh dikatakan takde ketenangan lah diri dalam jiwa ni.
4. Orang lain yang takde kena mengena pulak yang kena marah dan merajuk sebab kita. Kesian dorang tu. Tak pasal-pasal kena marah.
5. Study pun rasa macam takde yang masuk.

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa ni?
Mesti pernah kan?

Lepas tu aku cuba fikir balek...
Cuba aku muhasabah diri. Fikir kenapa orang tu buat macam tu. Betul ke yang aku buat ni?
Pendam rasa geram dan sakit hati sorang-sorang. Sampai nak solat pun kadang-kadang tak khusyuk.  Sepanjang hari macam tak kena je..

Jadi sebenarnya memaafkan lebih baik kan? :)
Bila dah maafkan kesalahan orang lain kita mesti akan rasa lebih tenang.
CUBA TRY!! :D heheheeeeeee

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". 
(al-Nuur: 22)






tulisan tangan,

Sunday 16 September 2012

Hang Out TOGETHER PART 1 :)



First weekend ni AKU + coursemate ku mengelilingi KL.Hahaaa. 
Tapi takde lah sampai satu KL ktorang jelajah. Ada lah beberapa tempat yang berjaya kami tawan.
Cewaaahhhhhhhhhhhh ~
Dari pagi sampai ke malam ada je event. Serius penat! Tapi seronok :D
Actually, bukan selalu dapat keluar ramai-ramai. Masing-masing busy dengan kerja sendiri.


1. Bergerak dari Kolej ke Bangunan Yayasan Selangor a.k.a BYS. Jalan kaki je. Ada lah 15 minit macam tu.

2. Tunggu bas untuk pergi rumah Dayah. Disebabkan takde transport ktorang seramai 12 orang tekad untuk naik bas. TAPIIIII, sebab bas takde ktorang naik teksi. AKU. chia chia, farhana, wani naik satu teksi. Chin yi dan yang lain tu ada yang berjaya dapat bas. Actually, rumah dayah tu agak jauh, tapi sebab ramai2 lebih baik naik teksi je. Selesa siket. Heee :)

Ni je yang ada. Goyang pulak tu. Gambar ramai-ramai orang lain simpan = ='


3. Jusco AU2. Sempat jugak ktorang singgah Jusco. Nak beli baju formal. Prof tak bagi dah pakai T-shirt ke jeans @ blouse yang dia nampak tak formal. Kalau berani jugak pakai, alamatnya tak dapat lah masuk kelas. Kena HALAU. Huhuu, dashhyat Prof aku ni. Even bukan masuk kelas dia pun kena pakai formal jugak macam nak pergi kerja. Dia nak disiplinkan kami yang bakal jadi physiotherapist ni. Taknak lah selekeh-selekeh. Ahaaakk. Kalau dah smart pakai apa pun nampak smart. hihii ><

Jusco AU2

Senyum jangan tak senyum.

GOALL!!!! hahaaa ~

4. KLCC. Kat sini tak sempat buat apa-apa. Jejalan jelah. Hahaaa

5. Jamuan Raya KTSN, Tasik Titiwangsa. Boleh tahan meriah jugak jamuan raya ni. Cina, India, Orang yang bukan beragama Islam join sekali. Jamuan dah nak abis baru ktorang sampai. Ahaaa. Tapi ramai lagi orang. Terbaik lah siapa yang terlibat dalam memeriahkan jamuan ni :D







Tulisan tangan,

Friday 14 September 2012

diary- RUMIT RUMIT RUMIT ~



Alhamdullillah bermula episod baru dalam hidop aku.
Bukan budak 1st year dah sekarang ni. yippppiii.
Tapi naik sem baru ni ada jugak benda yang tak settle lagi. fuhhhhhhhhh.
(tarik nafas hembus pelan pelan)
Duit duit duit. Tulah yang tak settle. Pergi jumpa orang tu orang ni untuk settlekan duit program yang tak dapat dapat lagi. Haissssssssssshhhhhh. (mengeluh)
Sebagai bendahari aku rasa serba salah giler ni.
Aku ingatkan benda ni semua dah settle. Naik sem tinggal ambil duit je. huhuuu.
Nasib baik lah separuhh dah dapat. Tinggal separuh lagi yang belum settle.
Alahaaaaaaaaaaaaiii.

Lepas tu khamis lepas pulak aku tau yang aku ada hutang yuran pengajian (RM697).
Laaaaaaa. Ini lagi satu hal = ='
Banyak jugak hutang tuu.
Bila pulak lah aku tak bayar yuran. Semuanya dah settle awal-awal sem lagi.
Lepas duit JPA keluar je, hari tu jugak aku bayar yuran.
Tapi yang peliknya, bila aku tengok perincian hutang tu.
Aku dapat tau yang hutang tu semuanya lepas aku abis exam.
Jangan cakap dia masukkan yuran untuk sem 3 (short sem). Aku tak ambil short sem pun. 
Tadi aku pergi Jabatan Bendahari UKM nak tanya, tapi tak bukak pulak.
Terpaksa lah terus menuju ke kelas sebelum lambat. Lambat kena marah pulak kang.
Banyak benda dah aku fikir ni. 
Haiiiiiiiiiiiiiiiissssssssshhhhhhh = - = "




Tulisan tangan,