ADD :)

Wednesday 22 August 2012

Perkahwinan bukan perkara yang mudah.



Aku nak share apa yang FL dah share. Moga kita semua dapat pengajaran :')

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


************************************************

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


******************************************************************


# Pengajaran untuk diri ini juga. Moga bermanfaat untuk yang lain. Stop searching for a prince danis!! Muhasabah diri :') Siapa yang mahukan cinta manusia hanya akan memikirkan manusia. Betol tak? Macam Ustazah Fatimah Syarha cakap, mereka yang menginginkan perkahwinan sebagai jalan tutup daripada terjebak ke dalam maksiat zina sebenarnya mendedahkan bahawa kehidupan dirinya dekat kepada jalan-jalan zina contohnya SMS, calling,dating dan lain-lain.

Mari kita sama2 renungkan :)




Thursday 2 August 2012

Syukur Alhamdullillah :)


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

Alhamdullillah, Ya Allah.
Aku tak sangka dapat keputusan yang memberangsangkan untuk sem 2 ni.
Syukur Alhamdullillah. Tiada kata lain dapat aku ucapkan selain kata syukur.
Ada hikmah di sebalik semua kesusahan & kesulitan yang aku alami masa sem lepas.
Banyak dugaan masa dekat-dekat exam. Banyak jugak tanggungjawab yang aku kena pikul masa tu.
Tapi aku tau, ada kesenangan di sebalik kesusahan.
There's rainbow after the rain :')

Aku sangat bersyukur lagi bila tau kawan2 aku yang lain pun dapat keputusan yang baik.
Nampak semua puas hati dengan result yang dorang dapat. Walaupun ada jugak yang tak sampai target, tapi result dorang semua baik. Sebab target dorang nak dapat dekan. Tu yang tak dapat. heeee.
Kalau nak tau, bila ambil kos sains ni susah siket nak dekan. Kalau lulus dah bersyukur sangat tau :)

Tapi ada jugak kawan aku yang kurang bahagia dengan result yang dia dapat. Sebab tak mampu buat ayah & ibu dia bahagia dengan result dia. Tapi ayah dia cakap, dia lagi sedih kalau tak mampu didik anak2  dia menjadi muslim yang baik.  Terharu sangat :')
Mmmmm. kan dunia bersifat sementara dan akhirat yang kekal selama-lamanya.

Aku mengaku kadang-kadang memang aku mengejar keputusan yang cemerlang.
DEKAN? Siapa taknak. huhuuuuu. *sigh*
Tapi kita kena kembali kepada Allah.
Apa tanggungjawab kita di muka bumi ini? Tanyalah diri sendiri apa matlamat anda ok.
Dunia atau akhirat yang kita pilih?

Carilah redha Allah di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah kita akan bahagia di dunia dan akhirat :)
Amin.