ADD :)

Thursday 31 May 2012

BANGKITLAH WAHAI DIRI :')


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL



Luahan hati di petang hari :')

Bangkitlah wahai diri !!!
Wahai diriku,
Kita tidak selalunya berada di atas, kadang-kadang kita akan berada di bawah.
Kita perlu kuat menjalani hidup ini.
Ingatlah, bahawa Allah sedang melihatmu.
Aku baru menghadapi sedikit sahaja ujian.
Tak sehebat ujian yang dilalui oleh penduduk-penduduk Palestin.

Bodohlah aku jika ingin berjaya tetapi tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh.
Bodohlah aku jika ingin online sepanjang masa tetapi tidak mahu mengingati-Mu sepanjang masa.

Ya Allah,
Kerdilnya aku ini.
Jika tiada masalah, aku leka. Leka mengingati-Mu.
Bila ujian datang tidak berhenti baru aku mulai mendekati-Mu,
Kuatkan aku supaya aku dapat menjalani hidup ini dengan redha-Mu Ya Allah.
Aku hanya manusia biasa.
Aku perlukan petunjuk dan kekuatan daripada-Mu.
Bangkitkanlah diriku :')
Ibu bapa ku pasti sedang menunggu kejayaanku.
Aku adalah anak sulung dan bakal menjadi contoh kepada adik-adikku yang lain.
Jika aku jatuh dan tidak berjaya bangkit kembali
Alangkah sedihnya hati keluargaku :(
Ya Allah berilah kekuatan insan bernama RAHMADANIS ERMAN :')


-ALLAH swt LISTENS & ALREADY KNOWS WHAT IS IN YOUR HEART BUT HE WANTS YOU TO ASK HIM FOR WHAT YOU WANT-







Tuesday 29 May 2012

FAILED = PELANGI ??


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

Tak sampai  pun 2 minggu lagi aku akan menghadapi  peperiksaan FINAL untuk sem 2,
Rasa cepat je masa berlalu. Macam baru semalam je daftar kat UKM ni.
Tiba-tiba dah nak final exam. = ='
Biasa lah perasaan macam tu kan? Semua pun akan rasa benda yang sama.

Bila dah nak dekat exam ni, mula lah hormon-hormon keTENSIONan timbul.
Huhhh!!. Rasa penat pulak mengeluh. Ini tak habis baca, itu tak habis baca.
Mungkin subjek yang aku ambil untuk sem ni tak berapa berat. So selalu lah lengah-lengahkan study.
Bila dah dekat exam baru lah sedar,
 Walaupun subjek tak berapa berat tapi banyak jugak kena baca!!

*****
Aku rasa bertambah tension sekarang bila result midsem keluar dan aku dapat tau yang satu subjek yang aku ambil FAILED !! Dapat D tuu..
 Subjek yang boleh dikatakan senang nak score aku failed. Cuba bayangkan????
Result untuk subjek yang boleh dikatakan SUSAH aku dapat score dengan jayanya.
Satu subjek ni pulak aku failed?? 
Ya Allah, macam mana aku nak terima semua ni ??

Tiba-tiba hati jahat aku cakap  :
" Dari kecik aku tak pernah failed apa-apa subjek pun, dari tadika sampai lah sekarang. Aku tak pernah failed!! :'( Score paling tinggi tu selalu lahh. Dapat 100%, dapat A, dapat 4flat. Agggghhhhhh. !! "
Kenapa dengan subjek tu? Apa masalahnya?

Walaupun bukan aku sorang yang failed, TAPI...Arrrghhh. Rasa tak tau macam mana nak score dah.
Kalau midsem aku failed macam mana nak score final nanti :(((
Dah rasa macam failed walaupun belum final tau.



******
Tapi aku tau semua ni berlaku ada sebabnya. Sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Walaupun kadang-kadang aku rasa kesedihan datang tak berhenti-berhenti dalam kehidupan aku ni. 
Lagi-lagi bila mula menjadi mahasiswa Universiti, satu-satu masalah aku kena lalui.
Tapi sebenarnya inilah kehidupan. Kehidupan tu takkan selalunya indah kan?

Aku takkan jadi pelajar yang cemerlang sampai bila-bila kalau usaha aku pun tak sebanyak mana.
 Sebab aku failed, aku selalu muhasabah diri.
Biasalah, aku ni insan biasa, bila ada masalah mula lah dekatkan diri dengan sejadah.
Bukanlah aku dekatkan diri dengan sejadah bila ada masalah je.
Tapi makin lama lah aku berdoa bila selesai je solat, makin selalu aku solat hajat, baca ayat-ayat suci al-Quran. Sedikit sebanyak aku tenang je bila dapat masalah-masalah yang makin bertambah-tambah bila nak nak exam dan cuti ni. 
Dan yang paling penting aku dapat rasakan yang aku semakin dewasa dalam menghadapi masalah.
Dapat tau jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah. Dapat mengenal erti kehidupan sebenar ^^


-KADANGKALA ALLAH HILANGKAN MENTARI DAN DIA DATANGKAN GURUH,
PUAS KITA MENANGIS. MENCARI MANA MENTARI KITA.
RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH-





Thursday 24 May 2012

RINDU ITU ANUGERAH :)


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

Ya!! Rindu itu anugerah dari Allah.
Tak perlulah rindu itu diucapkan dengan kata-kata.
Maksudnya tak perlulah cakap rindu dengan seseorang yang bukan halal untuk kita :)
Bermadah pulak aku ni hari ni.
Sebenarnya dah lama nak dikongsikan, tapi baru terdetik nak post.
><

Satu ayat yang sangat menyentuh hati ini ialah:

-PERKARA YANG PALING SWEET IALAH KETIKA DUA ORANG SALING RINDU NAMUN TIDAK BERKOMUNIKASI, TETAPI KEDUANYA SALING MENDOAKAN DALAM SUJUDNYA MASING-MASING-








Sunday 20 May 2012

Dinner kolej.


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

Alhamdullillah.
Hari yang duka menjadi ceria :))
Sedikit demi sedikit hilang perasaan sedih di hati.
Bila kita tak terlalu memikirkan perasaan yang sedih mesti kita akan rasa OK siket ;)

19 Mei 2012 - Dinner Kolej Tun Syed Nasir.
Boleh tahan meriah jugak lah. hihiii. Ayat macam tak seronok sangat kan?
Takde lah. Sebenarnya dinner menjadi tak berapa meriah sebab
Kawan-kawan aku yang pergi dinner ni 4 orang je. Errrrr. Maksudnya kawan yang sama kos lah.
So, kitorang dengan dunia sendiri jelah masa dinner tu.
Duduk pun berlima walaupun meja makan untuk 10 orang. huhuuu.
Tapi banyak jugak bergambar, ketuanya aku lah. hahaaa.
Jemputlah tengok gambar-gambar ni :)
Lagi-lagi kawan-kawan yang ada kat bawah ni ^^

Dorang ni tak benti-benti ketawakan aku sebab cabutan bertuah.
Sebabnya confused antara nombor meja dengan nombor persendirian  = ='


Sempat bergambar dengan winnie, caren, mas (roomate)
farhana, dayah, arfah :))

Combine semua. Nak upload satu-satu payah. hihii ><

Merah itu berani :D

Bunga original tu blurr siket ><


Tak tau nak tekan button apa. huhuu ~

 

Saya nampak tinngi kan pada hari kejadian?  yeaaaahhh :D
* kalau perasan, style sama je bila ambil gambar. Saya mengaku. hahaa ~ 




Friday 18 May 2012

# diary hati - KEBAIKAN MENANGIS :')


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL



Aku tak tahu kenapa.
Mungkin hormon tak stabil sekarang ni. T_T
Aku tunjukkan muka yang sangat happy depan kawan-kawan.
Tapi bila sorang-sorang rasa nak nangis, nak menjerit, nak mengamuk, nak...
Aku tak tunjuk kesedihan aku ni sebab nanti mesti dorang risau tengok aku sedih-sedih.
Arggggggggggggggghhhhh.

Bila sedih giler macam ni.
Rasa nak cerita semua kat mereka berdua yang OSEM.
(MAK DAN AYAH)
Rindu sangatttttttttttt. 
Dah berapa hari tak begayut dengan mereka berdua.
Tapi tak tau nak cerita ke taknak.
huuuuuuuhhhhh.

:'(





ADA JUGA KEBAIKAN MENANGIS  NI.
RASA NAK NANGIS PUAS-PUAS.

1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.