ADD :)

Monday 29 July 2013

Maaf dari empunya blog!




Assalamualaikum.


Aku nak mintak maaf kalau ada post-post aku yang membuatkan korang nak campak kasut je ke kat sini atau ada yang mencalarkan hati sape-sape. Hohooo. Calar pun boleh ~ Okay lah, kalau ada mengguris hati sape-sape. Ataupun ada yang gelak guling-guling mahupun termuntah membaca ayat-ayat aku. Aku selalu nak cepat je. Kadang-kadang ada yang tak sampai apa yang aku cuba sampaikan. Aku tau tu. Sobs sobs.  Sekarang ni sedang cuba memperbaiki diri dalam penulisan. Lama tak belaja BM hoi. Mungkin sudah tunggang-langgang ayat aku. 

Aku bukanlah penulis yang mampu mengarang ayat-ayat puitis lagi dramatis. Membuatkan semua pembaca terpikat membaca cerita mereka yang penuh dengan emosi suka dan duka, tawa dan canda. Cewaahhhhhhh. Mula menunjukkan bakat menulis yang terpendam. Agaknya lah terpendam kan. Dah gali-gali bakat menulis, tapi ini jelah yang termampu. Hohoooo.

Aku tak mampu nak edit post-post aku yang lama tu. Yelah, sebab aku nampak apa yang korang baca & bila aku baca balik post aku tu, aku yang rasa malu. Ayat pendek-pendek dan entah ape-ape jee. So, jika terbaca post yang kurang menarik sila jangan teruskan membacanya. Amaran daripada tuan blog ini sendiri. Kalau tak, korang akan gelak guling-guling ataupun tak kurang yang akan tak puas hati dengan empunya blog ini.


Harap maklum.



Tulisan ringkas,
Danis





Throwback: Last day posting at HUKM!



 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal last day posting? ( Last day posting untuk 2nd year lah. Namun 3rd year & 4th year nanti ade lagi. Ohooo ~ ) Sebab tiba-tiba godeh gambar kawan aku dan aku tiada di situ. Ohoiiiii. Sebab takde gambar jee pon. Sensitip betoi!
Okay, sekarang bukanlah nak cerita pasal sensitif ke tak. Tapi nak cerita yang aku dapat patient berlambak-lambak pulak masa last day tu. Selalu kat department lain dalam 3 patient sehari dan kena completekan SOAPIER (Subjective, Observation, Analysis, Plan, Intervention, Evaluation & Review) kat bed head ticket patient.

 Last day hari tu aku dapat 5 ke 6 patient sehari!  Ohhh. Tak berapa ingat, yang penting ramai lah. Sebenarnya mungkin tak ramai kalau fikir logik. Boleh je handle. Tapi disebabkan kena siapkan SOAPIER semua hari tu jugak, so agak kelam kabut lah. Yelah dah nama last day, mana jejak HUKM ( lebih dikenali dengan PPUKM sebanarnya) lagi lepas tu. So, semua kena settle hari tu jugak. Punch card semua kena hantar hari tu jugak!

Upppppss. Lupa nak kasi tau, last day aku kat Cardiorespiratory department. Department yang agak best kalau dapat kat gym. Ohooooo. Bebual dengan patient sambil buat exercise. Heaven kot, tak stress sangat. Tu kalau dapat gym lah. Ni kalau dapat kat ward/ ICU memang kelam kabut lah. Fikir apa nak buat kat patient. Boleh tak bagi exercise ataupun suctioning mungkin? Yelah dekat CR department ni suctioning ke positioning ni perkara yang selalu PT ( physiotherapist ) buat. Malas nak cerita panjang-panjang lagi, bukan korang nak tau pun kan? 



Okay. Fine fine. Inilah gambar yang aku takde tu! 





Wednesday 17 July 2013

Matlamat Ramadhan


 Assalamualaikum.

Hampir semua oramg ada matlamat. Betul tak?
Matlamat hidup selalunya nak berjaya, beli rumah besar, beli kereta besar. Itu secara general lah. Kalau sebagai muslim mesti matlamat kita bukan hanya setakat di dunia, tetapi di akhirat juga. Kalau boleh nak berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Ada keluarga dan kawan-kawan yang membawa kita ke Syurga. In shaa Allah :)


Sempena bulan Ramadhan yang suci ni, Allah limpahkan kita dengan pelbagai nikmat dan kelebihan. Takkan kita nak sia-siakan semua tu. Ramadhan juga mengajar kita untuk istiqamah melakukan kebaikan. Contoh yang paling baik ialah, kita solat awal waktu. Mungkin kalau hari-hari biasa solat akhir-akhir ke ataupun lepas setengah jam azan baru nak solat. Sebenarnya kadang-kadang aku buat. Yelah, kalau waktu zohor tu dari pukul 1.30 sampai 4.30 macam tu. So, kadang-kadang selalu lambat-lambat nak solat. Astagfirullah.


 Matlamat Ramadhan pulak macam mana?
Buat lah matlamat untuk Ramadhan. Contohnya, khatamkan al-Quran ataupun solat terawih tak tinggal dalam sebulan kecuali uzur. Banyak kebaikan yang kita dapat.
Semua tu bergantung sama ada kita nak ataupun tak nak. Semua di tangan kita. Jom lah rebut peluang yang ada depan mata ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Amin.






“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya adalah satu kebaikan, sedangkan kebaikan itu dilipatkan menjadi sepuluh kali. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.

(HR At-Tirmidzi oleh ibn Mas’ud, hadis hasan sahih)



* Dunia hanya sementara, akhirat kekal selamaya *





 

Tuesday 16 July 2013

Pernah dengar pasal 8share?

Assalamualaikum

8Share ni dulu sebenarnya says.com.
Alaa, lebih kurang chirp chirp yang buat duit tu. 
Tapi yang ni taklah banyak. Takde lah sampai jadi jutawan.
Disebabkan cuti sem ni aku tak kerja dan tak tau nak buat apa. Aku join lah benda ni.
Kita kena share je. Tapi share lah benda yang bermanfaat untuk orang sekeliling kita. 
Jangan share pelik-pelik, orang pun taknak baca. Betul tak?
Macam sekarang ni puasa kan? Ada lah promotion pasal video Ramadhan ke. Ye! Kita share video je.
Contoh video aiman azlan dengan anuar hadi yang famous tu. Video tu kita suroh orang tengok nanti kita dapat point :)
Boleh pilik promotion mana yang berkenan di hati. Cewaahh :)


Nak tau pasal ni (klik sini)
Kalau kita sebagai blogger ni sesuai lah share pasal bende ni. Kalau orang click kita dapat point/duit.
Nanti kalau dah banyak boleh nak cashout kan atau pun tebus apa-apa benda menarik.
Siket-siket lama-lama jadi bukit. Belajar bersabar! Heee :D





Saturday 13 July 2013

5 Ramadhan. Semoga dipermudahkan :)


Assalamualaikum.


Kenapa 5 Ramadhan?
Sebab 5 Ramadhan bakal menjadi hari bermakna bagi seseorang. 
Sebab dia akan ke umrah dengan family dia. Alhamdullillah, muda-muda lagi dah pergi umrah.
Bertuah kan dia? Dapat beribadat kat Mekah, lagi-lagi bulan puasa macam ni. Dapat jadi tetamu Allah kat Mekah nanti.
Semoga dapat umrah yang mabrur nanti. Semoga selamat pergi dan balik & dipermudahkan urusan daripada awal hingga akhir.  Insya Allah :')
Doakan saya ke sana nanti jugak nanti.


Padahal tak cakap pun kat dia suruh doakan aku dapat pergi sana :(
Yang tak masuk akal tu ade ke masa dia tanya ada nak mintak doa apa-apa
aku cakap : Mmmm. takde kot.
Aduhai. Kamon lah danis. Takkan lah taknak mintak doa apa-apa kot.
Mesti dia rasa pelik sungguh dengan aku. Orang nak doakan dia, dia taknak. Mesti rasa tercabar.
Bila dia tanya tu, aku sebenarnya segan nak suruh dia doakan untuk aku. Yelah kalau kita doa mestilah untuk kebahagian, kecemerlangan kita, ibu bapa kita, kawan-kawan kita, cikgu-cikgu kita. Doa macam-macam lah, jodoh ke rezeki ke. Kan? Depend pada individu lah nak doa apa. Mmmm. Lepas tu nak suruh orang lain doakan pulak.
Kalau family ke yang pergi takde lah segan nak mintak doa apa-apa. Tapi dia ni kawan je. 
Tapi last-last aku suruh doakan yang general jelah. Bahagia di dunia & akhirat. Sebab pelik sangat kalau tak mintak doa apa-apa. 




Actually ktorang jarang sangat berhubung. Jarang sangat-sangat. Cuma dulu-dulu selalu lah contact.
Dia ni sebenarnya Capital A. Ehhh. Sorry lah sebab ramai sangat capital A dalam blog aku ni. Yang hari tu punya capital A aku dah tukar capital MNA. Maaf sangat-sangat. Sebab dulu aku pernah mention capital A kat blog aku. Orang first yang aku mention capital A (klik sini dia ni lah.  Sebab aku ada ramai sangat kawan yang nama start huruf A. Tu yang payah siket. Takut ada yang salah paham ke apa kan. betul tak?






Friday 5 July 2013

Gembira! :D


Assalamualikum.

Anda gembira? Bagus kalau tengah gembira. Cuba senyum siket. Haaa, baru nampak comel.
Eh. Yang aku ni kenapa gembira pulak ni ye? Aku gembira sebab sahabat aku gembira.! Weeeee ~ Alhamdullillah. 

Sebenarnya baru dapat tau yang kawan aku dapat Dekan. Fuyooooo, hebat hebat! I'm proud of u my dearest friend ever! Kasi kiss siket. Mmmmuuahh :* Jika tiada aral melintang dia akan ke Korea untuk exchange students. Untunglah nasib. Boleh jumpe oppa oppa hensem. Heee. Mintak sign kat runningman nanti okay ;)

Berbaloi usahamu nak. Ekeke. Walaupun kamu jauh di mata, tapi tetap di hati. Ceehhh, bajet sweet lettew. 




Ni masa dating kat midvalley dulu. Heheee. Okay lah. Aku kan tak pandai bercerita panjang. Bahagia kena kongsi bersama ~ Tata titi tutu ~








Dating sehari! :)


Assalamualaikum.


Dating? Seronok weyh dating bersama orang tersayang. Weeeee~
Jangan fikir bukan-bukan dulu ea. Hari tu aku dating dengan khuzaimah! Ye! Kawan matriks aku dulu.
Orangnye berkaca mata sebab rabun dan berbaju kurung. Hee :)

Dia dah pindah kat kelantan. Dulu? Dulu dia duduk JB lah. So, memang susah lah nak jmpe. FYI, dia study kat Mesir, lebih spesifik Cairo lah. Tak pernah dengar? Gunakan pakcik atau makcik google anda yang lebih arif tentang semua bende. Mesti dorang dapat tolong. Takyah susah-susah aku nak explain.

Okay. Banyak yang dikongsi bersama setelah hampir dua tahun tidak bersua. Fuyooo. Boleh buat novel!
Tapi ada lah webcam jugak masa 1st year dulu. Masuk 2nd year masing-masing dah mula busy. Lagipun jam kat sana tak sama dengan Malaysia. Kat Malaysia pagi, sane petang. Sana malam, kat sini pagi pulak.

Seronok lah kami bercerita. Dia cerita best study kat sana. Boleh tahan lah takde masalah besar sangat. Topik utama yang dikupas sebenarnya pasal study. Macam mana cara study kat sana. Mmmm. Dia masih lagi mengamalkan study group. Sampai 3-4 study group weyhh! Fuyoooo. Berbeza sungguh dengan aku ni. Jarang study group. Pernah buat rasenya tapi kurang berjaya. Mungkin disebabkan kekurangan diri sendiri. Aku ada jugak study dengan kawan, tapi dia study sendiri, aku study sendiri. Sebenarnya pelik bagi aku yang dah biase study group tiba-tiba study sorang-sorang. Tak mujarab sangat. Cepat hilang fokus.

Tapi daripada sini sebenarnya aku belajar macam mana study sendiri. Buat nota cantek-cantek. Dulu aku tak pernah buat nota. Series. Baca buku dan notes yang ada jee. Mungkin ada perasaan belagak kat situ. Tak buat nota pun 4flat. Fuyoooo, budak pandai. Untunglah ~ Sebenarnya untung aku ada kawan-kawan yang sudi memberi dan menerima. Bersyukur sangat. Sekarang dah semakin dewasa dan semua lebih prefer self study. 

Lepas ada cerita pasal kawan-kawan matriks yang lain. Macam mana keadaan dorang dan banyak lagi sampai tak tau nak start macam mana kalau aku cerita kat sini. Hahaaa. 

Suasana perbincangan ~ Sambil menikmati kek secret recipe. Fuhhhh. aku rasa nak makan kek pulak malam ni. Haaa, tulah. Diri sendiri hapload, diri sendiri yang rasa nak makan.


Kenapa ada 3? Sebab ada 3 orang! Sebenarnya aku dating bukanlah berdua tetapi bertiga. Hew hew. Lagi sorang tu roomate aku. Tinggal kat JB dan dia pun kenal zai.


Khuzaimah! :D






Ini tatkala zai excited jumpa coolblog sebab dah lama tak minum. Kat Mesir mana ada coolblog. Siap nak amek gambar depan kedai. Hahaaa. Yang ni bukan aku yang nak amek gambar. Tapi zai. Heeeee.

Okay2. Dah larut malam. Sampai sini jelah. Tata titi tutu ~







Thursday 4 July 2013

Slot gempak: Dinner 2 ~



Assalamuailaikum & Selamat sejahtera.

Tanpa membuang masa lagi, aku nak sambung dengan dinner kos pulak. Semua tau kan aku ambil apa kat UKM ni? Kalau tak tau pergi scroll kat bawah siket. Jadi stalker kejap. Okay, dah jumpe? Bagus lah kalau dah jumpe ^^

Seronok dinner tu orang dok panggil aku aiskrim paddle pop. Huhuuu. Okay2, tak dinafikan lagi sebab aku pakai tudung warni warni bagai masa dinner tu. Kan dah jadi aiskrim paddle pop ~

Macam biasa lah, sebab aku tak pandai bercerita. kan kan? So, anda anda akan faham fakta berdasarkan gambar yang diberi. Cuba hadam apa yang aku nak cerita okay. Simple jee. Ekeke



Sila cari aiskrim tersembunyi ~ Dah jumpe kan. Good!
Menunggu bas ketika jam baru menunjukkan 2.15 petang, di hari Jumaat yang indah. Nampak tak betapa lamanya ktorang nak prepare dinner ni. Dinner start 8.30 malam. Sungguh bersemangat! Kalau lah study pun bersemangat study awai2. Mesti dah score kaw kaw. Errr. Kena tak analogi aku di sini? Dulu kat matriks orang panggil aku budak study, kat Uni ni panggil aku budak pemalaih. Adooii. Kejutkanlah aku yang sedang terbuai lena kat Uni ni ~



Gambar selepas sampai di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Bersemangat sungguh! 
Setiap tahun ( Aku ni Tahun 2 dah ) kena buat persembahan kat stage & ktorang pulun berlatih habis habisan kat sini. Yang tak puas hatinya, ada ke suara katak sumbang macam aku ni kena nyanyi kat depan lagu You Are Not Alone & Jangan Ada Benci. Ishhhh. Tak patut betul. Lepas ni aku taknak dah nyanyi. Buat malu jaa. Habis tunggang langgang stage tu aku buat. Nasib baik semua tak memberontak pada hari kejadian. Selamat aku!



Sambil menunggu giliran menukar baju ~ Korang tak tau betapa pack nye dalam bilik ni. Bilik kecik je, tapi sampai bebelas orang dalam ni. Fuhhhh. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas lagi, hembus. Pastikan udara masuk sampai bahagian bawah paru-paru. Ni cara untuk elakkan SOB (shortness of breath) a.k.a semput dalam bilik yang ramai ni ~



Yeayyy semua sudah bertukar! Comel dop. Ekekee. Kawan dengan orang kelantan pandai dah kecek kelante. hew hew. Bahagia nampaknye semua! kan? Suke gambar ni :D




Menunjukkan keayuan lagi di situ. hahaaaa. okay fine. tak ayu pun tunjuk-tunjuk ayu jugak! bukan selalu ~


Sebab aku, sorang gambar kawan aku tak nampak. Kesian wani. Sorry wani. Tak perasan pergi tutup muka wani pulak :(
Ni lah semua budak-budak kos aku. Half Malay, half Chinese. Kami bersatu. Tiada isu perkauman di sini. Series!



Yang ni adek-adek junior aku. Macam same umur jee kan semua?



Cari lecturer tersembunyi. Heee. Yang tengah-tengah baju purple tu lecturer kami. Muda lagi. Nampak macam student jee kan? Untung lah dia muda sentiasa.



Ada antena kat atas tu. Nampak tak? Comel jee arfah ni. Heeee :D
Ada 3 orang adik junior bersama kami.



Sebelum bergerak balek, sempat posing kat sini dulu.



Banyak sebenarnya gamba dinner ni sampai tak tau nak pilih yang mana. Tapi aku pulak yang penat nak menghapload dan menaip. Setakat ni jee kot. Kita jumpa lagi. Tata titi tutu~





Wednesday 3 July 2013

Slot gempak: Dinner 1 ~



Assalamualaikum & Salam sejahtera.


Mesti ada yang dah agak aku nak cerita apa kan habis exam ni. Betul tak? Ye. Betul lah tu.
DINNER, DINNER, DINNER, DINNER, DINNER Nak lagi? DINNER. Hoii, cukup-cukup! Baca tajuk pun dah tau dah aku nak cerita pasai apa. Aku ni pandai merepek je bila bercerita. Okay, lets start!

Cerita menarik masa nak pergi dinner ni, kitorang kena ada kat bustop pukul 6 petang. Padahal event ni start   malam. dushhhh2. Asal lah awal sangat. Aku pun abeh kelas pukul 5. Rushing siap-siap semua.

Sebab aku tak pandai sangat bercerita, so aku selitkan sekali gamba biar korang faham apa yang aku nak sampailan sebenaqnya. Ekeke. Lagi pun dah bape bulan dah dinner ni berlalu, ada benda yang aku nak cerita tapi dah lupa.


Sempat snap gamba kat bustop. Tengok kepala aku senget-senget menunggu bas.
 Nasib baik masih ada senyuman! :D



Ehh. Lupa nak bagi tau. Ni sebenarnya dinner untuk kolej aku kat UKM. Kolej Tun Syed Nasir.
Nama sekolah menengah aku dulu pun sama, SMK Tun Syed Nasir Ismail! Cikgu Penolong Kanan aku cakap aku tak pernah lari daripada Tun Syed Nasir ~ 




Ini rakan semeja. Nak tau siapa mereke? Dorang ni coursemate aku semua.
Datang-datang dah rasa lapar weyhh. Terus aku minum air kat depan mata tu haa. Sebab tak boleh makan lagi. Sobs sobs. Majlis pun start lambat siket. 



Cakkk! Sedang mereka yang lain sebok di dalam dewan, aku pun sebok ambil gambar kat luar ni. Ada kolam ikan. ( Nasib baik aku tak tangkap ikan-ikan ni bagi bawang merah makan. Yela, aku pun bukannya bawang putih kan. Okay, itu semua hanyalah ilusi semata-mata. Aku ni kalau tengok kolam ikan memang ingat bawang merah bawang putih cerita lama-lama dulu ~  )


Mula menunjukkan keayuan di situ ~ Hoii cik adik! Anda tu taklah ayu mana ye. Harap maklum.
Tak tau kenapa muka aku nampak berkilat bebenor. Namun mata sepet tu takleh nak cover. Nenek aku ada kot keturunan Korea. Hahaaa. Jangan mimpi ye danis! Korea tang mana pulak doh.


Lepas penat melukut di tepian kolam, selepas menghirup udara segar di luar, aku pun posing kat tangga pulak. Ehh. tak kena betul ayat kau cik adik, nak buat novel pun tak lepas ni. Boleh belajar lagi masa cuti-cuti ni ye.


Memperkenalkan Masila! Yang ni roomate aku mase first year. Walaupun satu kolej tapi jarang jumpe weyhh. Yelah, aku turun makan malam, dia turun petang. Aku turun makan pukul5, dia turun beli makanan pukul6.30. Manalah nak jumpe. Heheee Itu tipu sebenarnya. Aku tak pasti dia turun beli makanan pukul berapa, tapi yang betul-betulnya aku jarang terserempak dengan dia. Terserempak pun kadang-kadang je. Tapi, dia tetap di hatiku. Ukhuwah fillah :)



Ni coursemate aku. Tapi ada lagi yang takde ni. Yang gegirl almost semua ada kat dalam gambaq ni. Tapi  ada lagi yang takde. Ada yang dah balek, ada yang tak pergi dinner, ada yang hilang entah ke mana ~


Wiwittt. Ayu semua kengkawan aku ni! Termasuk aku. Mungkin? Ekekee. 
Lupa nak bagi tau nama tempat ni. Mesti ada yang nak tau kan? Ada yang nak buat dinner kat sini jugak ke. Nak buat majlis kawen ke. Wink2. Ni kat  HGH sentul Convention hall.



Batu-batuannya cantik berwarna kuning & coklat. Sekali pandang mesti rasa nak ambil gambar kat sini. Takdelah teruja sangat sampai macam tu, tapi sebab jalan ni je batu-batuan a.k.a dinding dia macam ni, tempat lain tak pulak macam ni. Sebab tu aku ambil gambar kat sini. Tapi kalau korang tau sebenarnya ni jalan ke mana mesti taknak ambil gambar kat sini weyhh. Maluuu ~ Jalan nak pergi toilet jee oiii. Toilet lelaki pulak tu. 

Gaya aku macam nak cakap ni: ( Ini laluan ke toilet lelaki, sila masuk. Jangan lupa pam tandas lepas guna.)


Okay. Rasanya takde apa-apa lagi aku nak cerita.  Gempak tak? Mungkin tak seberapa. Tapi ini sahaja yang mampu kuberikan untukmu readers sekalian. Nanti kita story mory lagi ye! Tata titi tutu ~




Saturday 15 June 2013

Please, pray for syria!







Mungkin tak alert, mungkin terlalu busy atau pun mungkin kita tak tau langsung pasal penderitaan saudara-saudara se-islam kita dekat Syria tu.
Pernah tak kita fikir kalau lah yang kena bunuh, kena sepak terajang tu sedara dekat kita. Apa yang kita rasa? Geram? Sakit hati? Rasa nak balas dendam, bunuh balek orang tu?

*Krikk krikk krikkk
Mungkin ada tak sampai kat sesetengah hati seseorang. Sebab memang bukan sedara dia kan?
Jangan lah macam ni. Tolong lah doakan mereka. Mereka perlukan DOA kita. Siapa lagi kalau bukan kita. YA! Siapa yang dah baca post ni lah. Lepas solat tu tambah doa untuk rakyat Syria yang dizalimi. OKAY! Nasihat untuk diri sendiri jugak sebenarnya. Semoga kita tak lupa doakan mereka setiap hari lepas solat. Amin :')




Kalau nak doa lebih siket bolah tambah dengan Qunut Nazilah ni:



Selamat beramal. Semoga kita istiqamah :)




Sunday 2 June 2013

Post gempak lepas final exam ~

 
Final exam bakal tiba tak lama lagi.
Tapi rasa tangan gatal nak share banyak benda kat blog ni.
Tapi nasihat untuk diri sendiri.
-Please lah focus! exam dah dekat ni-
So, tulis siket pun jadi lah. 






Nak tau cerita lagi banyak? Bersabaq naaa. After exam nanti.





Saturday 13 April 2013

21th on 20th March! :D


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Tiba-tiba ada selamat sejahtera kan? Selalu assalamualaikum je.
Mana lah tau ada non muslim rajin baca blog ni kan. Ehhh. Ade ke??
Takpe lah. Ni kes lama tak jenguk blog, dah merepek aku kat sini.

Okay lah. Straight to the point, sebenarnya nak cerita pasal Birthday aku hari tu.
Wahhhhhhh. Dah genap 21 tahun dah aku. Lepas ni dah boleh mengundi dah.
Jom kita mengundi, jom kita mengundi, jom.............lalalalala ( Sambil nyanyi lagu mengundi )

Ada cerita sedih & gembira masa birthday aku hari tu.

Cerita sedih dulu lah ye.
Cerita dia macam ni. 
Korang yang baca tu kena menghayati cerita aku ni betul-betul okay!
Sedih sangat sebab kawan-kawan aku tak wish pun birthday aku. Kawan-kawan yang dimaksudkan tu ialah kawan satu kos dengan aku. Lepas tu ada yang macam buat-buat tak ingat. Tiba-tiba sedih tu sebab classmate Chinese pun wish, siap nyanyi lagi dalam kelas. Lagi satu kelas pulak pack daripada pukul 8 pagi sampai 5 petang. Sedih tak? Sedih taw! Macam budak-budak kan aku. Itu pun nak sedih.
Dan lupa nak bagi tau, masa malam tu aku dapat hadiah bedak powder sebagai tepung! Wangi aku malam tu sebab kena bedak. Dapat bedak dengan coklat. Ada video & lagu birthday untuk aku jugak! *I'm touched*

Cerita gembira pulak.
Cerita dia macam ni.
Nak tau tak? Actually dorang dah plan nak buat surprise birthday. Sweet kan dorang?
Patutnya ktorang makan-makan kat HR ( Restoran untuk western food ) & dorang belikan kek lepas habis kelas tu. Tapi sebab sorang kawan aku ni kena balik Serdang secepat mungkin. So, postpone esoknya (21th March) Aku sebenarnya dah boleh bau plan dorang ni. Heeee. Sebab dorang tak pandai berahsia! Kan dah tak surprise sangat. Masa lagi satu group datang kat HR, aku nampak kotak kek dah. ( Satu group datang naik kereta Mira & lagi satu group naik kereta Kak Mira. Hahaaa. Dua-dua Mira! Group aku sampai dulu kat HR dan group lagi satu datang lewat siket. )

Bila bukak je kotak kek tu nampak 

'Happy Birthday Budak Kecik
We love u !!!!!?'




Inilah kami semua. Gambar blur sebab orang kedai yang tangkap ni nervous ramai sangat perempuan
 Ahaaaaa ~~


Yang ni Farhana takde sebab dia photographer! 










Sunday 17 March 2013

Diari hati : Mengingati Mati & Capital MNA.



Assalamualaikum.





Aku terpanggil untuk menulis post ni sebab tak dapat tidur.
Ok. Kita semua tau semua manuasia akan mati kan? Mengingati mati itu perlu setiap hari.
 Tapi kalau meminta-minta mati pulak macam mana?
Aku dilema sekarang. Aku tak tau keadaan dia macam mana. 
Tapi aku doakan dia sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah & sihat-sihat sahaja.




Ini kisahnya: 

***************************************************************************

Dia tu adalah 'Capital MNA'. Aku serba salah dengan dia. 
Nak kena tunjukkan perasaan simpati kah? Atau nak buat tak tau je a.k.a takyah layan.
Buat tak tau tu dah macam jahat sangat kan? Tapi dia tu lelaki beb.
Dahlah suka jiwang-jiwang, main-main perasaan pulak tu. Maksudnya nampak sangat lah dia suka kat aku. Memang aku tak layan lah kan.
Walaupun kadang-kadang hati ada cakap macam ni " Alahai sweetnya dia ni " , " Alahai baik sangat lah dia ni " & " Boleh jadi calon suami ni "
Biasalah peringkat umur macam aku ni mula lah hormon gedik nak kawen muncul. Tapi aku tak bersedia lagi okeyh! 
Tapi aku buat cool je tak layan dia. Takut nanti hati aku sendiri berbunga-bunga dok layan dia ni. Better tak bagi apa-apa signal atau harapan. Ok kan macam tu. Takde lah terjerumus dengan cinta yang fana nanti.

Tapi baru-baru ni aku tengok keadaan dia macam tak berapa sihat & post kat facebook dia pun ayat ala-ala tak lama lagi hidup. Alahai. Serba salah dibuatnya.
Dengan wish birthday aku 16 March padahal 20 March kot birthday aku.

  • Capital MNA: As salam. Happy birthday danis pd 20 Mac akan datang, semoga heppy2 selalu masa  sambut birthday nanti.
  • Aku       : Wasalam. Awalnya wish. btw, thanks.  
  • Capital MNA: Takut tak sempat nanti nak wish.


Lebih kurang macam tu lah kata-katanya. Serba salah aku. Aku antara percaya & tak percaya. Bukan aku cakap dia penipu. Tapi ntahlah, hati aku cakap macam ni " Dia tak sihat kot sekarang sebab tu cakap macam tu. " 
Sedangkan aku yang demam hari tu siap call mak aku lagi, mintak maaf semua. 
Mmmmmmmmmmm. Tapi kalau betul dia tak lama lagi macam mana? Siap hidung pernah berdarah lagi. Takkan aku nak tunjuk yang aku risau kat dia. Alahaiii. '
Argghhhhh. Aku cuba abaikan apa yang bermain di fikiran aku ni dulu. 

*************************************************************************



 Lepas tu aku jumpa ayat ni bila godeh-godeh iluvislam.com


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)








Tuesday 12 March 2013

Adik sakit.



10 MAC : Hari ahad aku dapat panggilan telefon daripda mak. Lebih kurang pukul 11.15 pagi macam tu. Mak aku cakap ada tumour kat tekak adik aku. Dia siap muntah darah sekali. Aku lekas buat keputusan balik ke  Johor Bahru. Banyak yang aku fikir masa tu. Aku risau. Mak cakap Emel ( nama adik aku) menangis lepas balik daripada klinik. Doktor suruh buat operation hari Selasa kat hospital. Masa aku tengah cakap dengan  mak,  tiba-tiba ada orang ketuk bilik aku. Aku tak bukak. Tapi kali kedua dia ketuk baru aku bukak. Aku tengah sedih sangat masa tu. Ada pulak orang ketuk bilik. Rupa-rupanya Exco program nak ambil barang yang disimpan di bilik aku. Aku discuss dengan dia sekejap lepas tu terus kemas barang semua ( Nak balik JB). Aku pun sempat call kawan aku suruh ambil barang kat bilik dan angkut ke library bawah.


Dalam pukul 12 tengahari tu aku siap dan terus menuju ke luar kolej.  Masa aku berjalan ke bustop depan padang HKL, air mata aku senang je jatuh mencurah-curah. Mana taknya, risau sangat aku. Adik aku bukan selalu menangis. Dia cool orangnya. Mesti dia sakit sangat sampai menangis semua. Dahlah baru dua hari lepas dia call aku masa dia tengah demam. Mesti dia rindu kat aku T_T


1.45 petang aku sampai kat TBS. Aku beli tiket bas pukul 2.30 sebab nak solat zohor dulu baru naik bas. Kat dalam bas lagi banyak aku fikir. Apa lah jadi kat dia. Macam mana lah keadaan dia. Okay tak dia, kalau lah boleh aku ambil siket rasa sakit kat dia, takdelah dia tahan sakit sorang-sorang. Aku tak tau nak mengadu kat siapa masa tu. Ada orang call pun aku tak jawab. Aku tak tau macam mana nak cerita kat orang. Ada Al-Quran kat beg aku, aku capai dan baca beberapa muka surat sampai hati aku lega. Ya, sungguh aku lega. Aku harap adik aku diberi ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi ujian sakit tu.


7.12 malam aku sampai kat terminal bas Larkin. Aku ingat nak beli bubur ayam dulu baru balik rumah. So, memandangkan dah nak Magrib, aku singgah kat Masjid dulu. Lepas solat baru boleh beli bubur & balik rumah. Adik aku kan tak boleh telan makanan. Bubur boleh dia telan rasanya. Tapi kedai buah-buahan dulu yang aku nampak. Aku beli jelah beberapa biji buah pear dan epal. Mana tau boleh lenyek-lenyek bagi dia makan. Banyak kedai makanan aku pergi. Kat tingkat bawah takde yang jual bubur. Aku try cari kat Medan Selera tingkat atas. Ada 2 kedai aku tanya, dorang cakap bubur takde jual dik, nasi ayam adalah, nak sup pun ade. Sabar jelah aku. Aku nak bubur. Grrrrrr. Lepas tu malas dah aku nak tanya, aku survey je sendiri tengok kat papan tanda apa yang dorang jual. Nasib kurang baik sebab takde pun perkataan bubur kat situ. So, aku nak balik jelah. Tengok teksi, tapi teksi takde. Berpuluh orang beratur nak naik teksi. Tapi teksi tengah hantar orang lain. Aku pergi jelah naik bas. 
Aku sampai kat rumah dalam pukul8.45. Aku tengok adik aku tengah tidur kat bilik. Malas nak kejutkan. Biar lah dia berehat dulu. Aku pun bukak tudung semua, duduk atas kerusi. Tiba-tiba dia bangun. Dia takde suara & badan dia agak panas. Bibir dia bengkak sikit. Dia nak cakap dengan aku pun main taip-taip. Tapi dia nampak sehat. Suara je takde. Alhamdullillah, walaupun dia sakit, tapi belum kritikal lagi. Dia boleh bergurau-gurau macam biasa dengan aku. Berbual punya berbual baru aku tau dia sakit apa. Walaupun doctor tak bagi tau apa diagnosis tapi aku try cari sendiri. Kan semua di hujung jari. Search punya search aku yang bagi diagnosis kat dia. Dia iyekan jelah apa aku cakap sebab semua simptom sama dengan apa yang dia kena. Diagnosis ialah tonsillitis dan doktor suruh dia buat tonsillectomy a.k.a operation untuk buang bacteria ke nanah kat tonsil dia tu. Takut makin teruk dan tonsil dia akan bengkak lagi sekali kenalah buat operation.


11 Mac: Adik aku dah makin okay. Dia dah boleh makan siket-siket. Aku tak tau lah dia buat-buat sehat ke, dia memang sehat. Serba salah aku tengok. Semalam tak boleh makan, sebab sakit dan bengkak sangat tonsil dia tu. Tapi hari ni dah okay. Tak ke pelik namanya tu? Aku dapat rasa dia taknak buat pembedahan tu sebab kos dia mahal. Aku cakap dengan dia, duit boleh cari, tapi kesihatan kita tak boleh beli. Guna je duit aku dulu buat pembedahan. Tapi dia suruh aku jangan cakap kuat-kuat, takut ayah dengar. Ayah pun tengah pening kot fikir macam mana nak cari duit. Iyelah, family aku bukan mampu nak bayar kos pembedahan. Lagi satu pulak dia takut pembedahan. Dia lebih rela tunggu tonsil da baik sendiri ( yang memakan masa yang agak lama) daripada buat pembedahan tu. Lagi pun hari ni dia rasa dah sehat siket dan bengkak pun dah makin kurang. Mmmm, sebab dia tak jadi buat pembedahan aku pun balek kolej. 






Friday 22 February 2013

i-CIty, Best ke?



Assalamualaikum. Hi!


Habis sudah cuti sebulan. Aku dah mula sem baru!
Biaselah kalau nak start sem baru ni rasa berat je nak datang kelas. Mood 'cuti' lah katekan!
Tapi dengan ucapan Bismillah aku mulakan sem baru dengan rela hati. Yeke rela ni? Tetttt...



Sebab i'm quite busy after this, so kami ( physiotherapist wanna be! in shaa Allah ) decide nak pergi redah & serang i-City, Shah Alam tu.  8 orang dengan dua kereta berjaya menjejakkan kaki ke i-City!! Cehhhh. Macam rombongan meminang dah ni! 
Perjalanan ambil masa dalam sejam macam tulah ( from Tasik Titiwangsa to i-City! ) Fuhhhhhhhh. Gabra jugak kawan aku masa drive sebab tak pernah drive sejauh ni katanya. First time lepas tol. One week before start sem dia dah start bawak kereta ke mana saja, tapi tak jauh lah. Nampak tak? Jauh rupanya KL ke Shah Alam ni. ERRRR, Sebenarnya aku je yang rasa dekat kot sebab mind set aku = dalam peta KL dengan Selangor dekat. lol!


Perjalanan ke sana sangatlah romantik. Nak tau kenapa? Sebab sepanjang perjalanan tu hujan weyhh. Aku sepanjang perjalanan tu tengok percikan-percikan hujan sambil ditemani lagu nasyid dekat dalam kereta! Sangat menenangkan jiwa * gabungan hujan & nasyid! * Allahu Akbar! Terima kasih dekat tuan punya kereta yang tolong bukak lagu nasyid untuk kami. 
* Arigato, Thank you, Khawp khun, Kamsahamnida, Grazie, M goi, Siti Nur Hidayah ! * 
Jasamu tetapku kenang! hahaa. Yelah. Bukan setakat bukak lagu nasyid je, malah berjaya memandu kereta dengan selamatnya. Alhamdullillah. :D




Apa yang menariknya kat i-City ni? Best ke? Jawapan aku mestilah BEST! Sebab pergi ramai-ramai. Ehhhhhh. 8 orang tu kira ramai lah. Lebih daripada sorang. So, kalau nak pergi jejalan sila pergi lebih 4 orang ye. Aku syorkan sebab terbukti bahawa walaupun kita pergi tempat yang tak berapa menarik, tapi pergi ramai-ramai cinfirm perjalanan korang akan jadi menyeronokkan! Cuba lah tips aku ni! Aku gerenti seronok punya. Yelah. Cuba bayangkan kalau orang dok Shah Alam tu dah boring dah dengan i-City ni. Ade lampu je pon katanya. Ok. Aku jeles di situ. Tapi kalau pergi ramai-ramai dengan family ke member ke mesti seronok kan?? :D



Ok. Sebelum aku merepek lagi jauh, jom layan gambar-gambar ni. Dari petang hingga ke malam kami berjalan. Tak penat kah? Penat memang ada. Dengan stoking aku basah lagi. Huaaaa. Berendam kaki aku kat sana. Tapi tetap cekalkan hati. Hahaaa. Titibe ada cerita sedih kat sini.



Bermula di sini, 

Peace! Hujan masa ni. Tak nampak kan? Basah jugak den walaupun pakai payung. 



Aku berbaju kuning ke sana!:D




Kami berlima. Terima kasih uncle yang tolong ambilkan gamabar! :D



Yang ni masa untuk di pijak, memijak dan terpijak. Hahaaa. Macam real lah! 





Hujan dah mula reda & hari semakin gelap. Aku naik benda ni! Punyalah gayat aku. Menjerit kat dalam tu tak benti. Kalau dah gayat, walaupun benda tu taklah menakutkan sebab 'slow motion'. Tapi dah takut tinggi nak buat macam mane. Kawan aku tolong gelak je untuk aku = =' Sedihnya T_T



Waahhhhhh! * Muka teruja tengok lampu tu * Aku dengar lampu kecik pun dah RM1000++ Lagi kalau besar macam tu.



Hari bergambar sedunia. So, satu tempat siap snap 3 ke 4 kali. Hahaaa! :D



Tak cukup hanya sekali bergambar kat sini ye! Harap maklum.



Benda ni tak tinggi sangat. 'Space walk' . Berani lah aku ambil handphone snap gambar. Peace!


Hijau & Pink. Nampak muka seronok bila ada hijau-hijau ni. Maklumlah, favourite colourku ialah green! Go green! Go Danis! Heheee :D


Gamba yang ditunggu-tunggu! Wahhhhh. Nampak tak? Nampak tak? Saya dah sampai i-City. Ada unsur-unsur jakun di situ. Jangan marah ye my sweet readers sekalian.



Lagi satu! Bunga matahari kan tu? Sebenarnya ni yang paling cantik. Tapi tak clear sebab guna handphone je :(



Walaupun hanya bayang-bayang je nampak tapi takpe! Tak kesah! 





Ini kes penat hapload satu-satu. So, upload sekali semua lah. Tempat yang sama je ni.




Ok. Setakat ni jelah. Buat buat album rasenya ni. Banyak sangat dah gambar. Heheeee. Nak tau tak? Sampai bilik mereka-mereka ni terus on9 termasuk lah aku! Excited nak share gambar punya pasal. Ke aku je yang excited. Hahaaa.! Tetttttt.