ADD :)

Sunday 15 April 2012

#diary hati - MALU DENGAN DIRI SENDIRI


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL



Ye, aku sangat malu dengan diri sendiri. 
Kita memang pakai tudung tapi kita tutup aurat ke?
Inilah masalah aku sekarang. Aku memang dapat mengekalkan pemakaian tudung.
Lari dari zaman jahiliah aku (free hair) dulu-dulu. Alhamdullillah :)
Tapi kadang-kadang aku rasa aku dah tutup aurat, tapi sebenarnye tak.
Aku masih pakai jeans dengan kemeja / T-shirt yang tak tutup punggung.
baju yang agak ketat dan tudung yang tak cukup tutup chest.
Mungkin sebab dah terbiasa pakai macam ni dulu-dulu dan masalah terbesar ialah
aku rasa tak serba salah langsung.


*****
Tapi lepas masuk U ni, aku brerubah siket.
Adalah siket walaupun tak berapa banyak.
Kalau pakai baju ketat siket aku dah rasa tak selesa. Lebih suka yang longgar.
Baju T-shirt lama yang aku selalu pakai, walaupun legan panjang tapi semua dah jadi inner sebab ketat.
Pakai baju pon yang longgar siket sebab aku lebih selesa. Pakai tudung labuh siket.
Yelah sebab 'siket' ni lah yang membuatkan aku selesa dengan pakaian aku.
Kadang-kadang 'siket' sangat dan aku tak cuba berubah jadi lebih baik.
Terlalu selesa dengan 'siket' tu.

____________________________________________________

Satu kisah bila aku & kawan-kawan aku bergambar bersama
dan kami decide untuk letak DP yang sama kat FB.
tapi sorang kawan aku taknak letak.
kenapa?
sebab dia cakap gambar tu nampak aurat **** dan dia taknak jadi penyumbang.
Ya Allah! Aku rasa inilah cara Allah menegur pemakaian aku yang belum cukup sempurna.
walaupun bukan nama aku, 
tapi aku terasa jugak sebab pakaian aku pon tak cukup sempurna !!
__________________________________________________

Lagi satu kisah apbila aku ditegur lagi dan ini memang untuk aku !
Masa tu aku baru balek lunch dari cafe.
Serius rasa sebak sangat lepas dapat mesej dari sahabat  aku. 
Aku ambil masa jugak nak reply mesej ni dan dengan serta mertanya air mata aku mencurah-curah jatuh.
Dan berhenti jugak selepas beberapa minit.
Aku rasa, Allah bagi kawan-kawan yang baik untuk aku, supaya aku boleh berubah.
InsyaAllah :)
Aku kena kuat untuk melawan hawa nafsu aku sendiri.
Orang lain mungkin hanya boleh menegur, tapi yang melakukan tu aku sendiri!
Yupppp.
Aku taknak terus hanyut dengan nafsu duniawi!!
Aku hanya hamba yang hina namun setiap manusia boleh berubah.
Moga dipermudahkan semua urusanku untuk berubah. Amin ^_^

****

Sebab taknak aku terasa, dia susun ayat dia comel-comel.
Takut-takut aku sakit hati dengan ayat dia.


Salam danis
nk gtaw something ni....
mungkin kadang2 kite lupa benda yg kite dah tau...
Contoh situasi : aq dh belajar dh tajuk tu,tapi xleh jwb...
balik rumah t mesti kite tgk balik kn npe kite xleh jwb???kih3x...
- aku selalu hadapi situasi mcm ni...

Same jugak dr segi aurat,kdg2 kite dh thu je,
Tapi kite lupa,terlepas pandang...
Yang di mana,kite rase kite dh tutup aurat...
Tapi di mata ALLAH kite seolah2 x tutup pon..

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).


______________________________________________________






\

No comments:

Post a Comment

Silalah comment :)