ADD :)

Monday, 5 November 2012

ZERO STRESS. InsyaAllah :)


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

Jumpa petua yang mustajab hilangkan stress.
Jom amalkan :)
Nasihat untuk diri yang kerdil ni jugak.
Semoga istiqamah.
Amin.







Saturday, 3 November 2012

KISAH HIDUPKU.


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

Alhamdullillah, exam midsem baru je berlalu.
Baru ada masa siket nak jenguk-jenguk blog aku ni.
Ada lah masa nak post something kat blog hijau ni.
Mmmmm. Kalau tak, jangan harap lah. Macam bulan lepas, takda satu post pun yang aku tulis.
Kesian siapa yang tertunggu-tunggu post aku. Eyhh. Jappp. Ade ke?? Hiihiii ><

Macam biasalah kalau orang baru lepas exam mesti nak release tension siket kan?
Sama lah dengan aku ni. So, cara release tension yang terbaik adalah meluahkan perasaan dalam blog ni.
Takda lah nak maki hamun orang atau mengaibkan orang ye kat sini. Blog ini bersih dari kontrovesi. Hahaaa.

Aku cuma nak cerita yang permulaan sem ni banyak dihabiskan dengan merapatkan ukhuwah dengan coursemate-coursemate ku yang tercinta. Cheeewaahh. TERCINTA tu~
Maklumlah, masa first year aku jarang siket hang out dengan dorang ni disebabkan bilik aku jauh nun di blokC sana.
Sekarang ni pagi petang siang malam dengan dorang. Makan sama-sama, keluar beli barang sama-sama, luahkan perasaan sama-sama. HAI, banyak betul yang sama-sama tu.
Yelah. Kita semua perempuan-perempuan je. So, apa yang kita nak semua lebih kurang sama.
Beli tudung lah, beli baju lah, beli apa lagi?? Banyak yang di borong. Hahaaaa~

*****

Next week aku dah posting kat HUKM. Macam cepat je masa berlalu.
Baru 2nd year 1st sem dah pergi posting. Memang banyak lah benda yang kitorang tak tau.
Kalau dah posting nanti lagi susah nak update apa-apa kat blog ni. wuaaaahh :(
Bermulalah episode baru dalam hidup aku.
Banyak orang cakap kalau posting asek kena marah, kena tengking, kena halau pun ade.
Takut giler lah dengar. Dah blur-blur lagi ni @_@
Nak bagi treatment kat patient? Banyak nak kena selak buku. Kalau salah bagi treatment patient boleh jadi lagi teruk. So, kena buat practical lebih lah. Selalu teori dalam buku je, ni jumpe patient betul-betul. Haaa, tengok lah nanti, kekok tak kekok jumpe patient!
Tiap-tiap hari pulak dapat kes baru. Kalau dapat outpatient ok lagi, kalau dapat ICU?
Huhhh. Kena lap peluh dulu macam ni.
 Tapi,
Moga dipermudahkan segalanya. Mintak korang-korang dan korang doakan yang terbaik ye :)
Amin. 

HUKM here I come!!








Friday, 28 September 2012

Memaafkan bukan perkara yang mudah kan?


Kenapa susah nak memaafkan orang lain?
Adakah kita ni baik sangat dan  tak pernah buat apa-apa kesalahan?
Tak mungkin lah. Semua manusia akan buat salah kan?

Jadi, di kesempatan ini aku nak cerita siket betapa tak bestnya hidup kalau tak maafkan orang lain.

1. Rasa murung sepanjang hari. Malas nak cakap apa-apa. Kalau cakap pun buat sakit hati sendiri. Padahal orang lain takde kena mengena pun. = ='
2. Susah nak tidur sebab asyik dok fikir pasal orang lain yang menyakitkan hati.
3. Hati rasa macam tak kena. Boleh dikatakan takde ketenangan lah diri dalam jiwa ni.
4. Orang lain yang takde kena mengena pulak yang kena marah dan merajuk sebab kita. Kesian dorang tu. Tak pasal-pasal kena marah.
5. Study pun rasa macam takde yang masuk.

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa ni?
Mesti pernah kan?

Lepas tu aku cuba fikir balek...
Cuba aku muhasabah diri. Fikir kenapa orang tu buat macam tu. Betul ke yang aku buat ni?
Pendam rasa geram dan sakit hati sorang-sorang. Sampai nak solat pun kadang-kadang tak khusyuk.  Sepanjang hari macam tak kena je..

Jadi sebenarnya memaafkan lebih baik kan? :)
Bila dah maafkan kesalahan orang lain kita mesti akan rasa lebih tenang.
CUBA TRY!! :D heheheeeeeee

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". 
(al-Nuur: 22)






tulisan tangan,

Sunday, 16 September 2012

Hang Out TOGETHER PART 1 :)



First weekend ni AKU + coursemate ku mengelilingi KL.Hahaaa. 
Tapi takde lah sampai satu KL ktorang jelajah. Ada lah beberapa tempat yang berjaya kami tawan.
Cewaaahhhhhhhhhhhh ~
Dari pagi sampai ke malam ada je event. Serius penat! Tapi seronok :D
Actually, bukan selalu dapat keluar ramai-ramai. Masing-masing busy dengan kerja sendiri.


1. Bergerak dari Kolej ke Bangunan Yayasan Selangor a.k.a BYS. Jalan kaki je. Ada lah 15 minit macam tu.

2. Tunggu bas untuk pergi rumah Dayah. Disebabkan takde transport ktorang seramai 12 orang tekad untuk naik bas. TAPIIIII, sebab bas takde ktorang naik teksi. AKU. chia chia, farhana, wani naik satu teksi. Chin yi dan yang lain tu ada yang berjaya dapat bas. Actually, rumah dayah tu agak jauh, tapi sebab ramai2 lebih baik naik teksi je. Selesa siket. Heee :)

Ni je yang ada. Goyang pulak tu. Gambar ramai-ramai orang lain simpan = ='


3. Jusco AU2. Sempat jugak ktorang singgah Jusco. Nak beli baju formal. Prof tak bagi dah pakai T-shirt ke jeans @ blouse yang dia nampak tak formal. Kalau berani jugak pakai, alamatnya tak dapat lah masuk kelas. Kena HALAU. Huhuu, dashhyat Prof aku ni. Even bukan masuk kelas dia pun kena pakai formal jugak macam nak pergi kerja. Dia nak disiplinkan kami yang bakal jadi physiotherapist ni. Taknak lah selekeh-selekeh. Ahaaakk. Kalau dah smart pakai apa pun nampak smart. hihii ><

Jusco AU2

Senyum jangan tak senyum.

GOALL!!!! hahaaa ~

4. KLCC. Kat sini tak sempat buat apa-apa. Jejalan jelah. Hahaaa

5. Jamuan Raya KTSN, Tasik Titiwangsa. Boleh tahan meriah jugak jamuan raya ni. Cina, India, Orang yang bukan beragama Islam join sekali. Jamuan dah nak abis baru ktorang sampai. Ahaaa. Tapi ramai lagi orang. Terbaik lah siapa yang terlibat dalam memeriahkan jamuan ni :D







Tulisan tangan,

Friday, 14 September 2012

diary- RUMIT RUMIT RUMIT ~



Alhamdullillah bermula episod baru dalam hidop aku.
Bukan budak 1st year dah sekarang ni. yippppiii.
Tapi naik sem baru ni ada jugak benda yang tak settle lagi. fuhhhhhhhhh.
(tarik nafas hembus pelan pelan)
Duit duit duit. Tulah yang tak settle. Pergi jumpa orang tu orang ni untuk settlekan duit program yang tak dapat dapat lagi. Haissssssssssshhhhhh. (mengeluh)
Sebagai bendahari aku rasa serba salah giler ni.
Aku ingatkan benda ni semua dah settle. Naik sem tinggal ambil duit je. huhuuu.
Nasib baik lah separuhh dah dapat. Tinggal separuh lagi yang belum settle.
Alahaaaaaaaaaaaaiii.

Lepas tu khamis lepas pulak aku tau yang aku ada hutang yuran pengajian (RM697).
Laaaaaaa. Ini lagi satu hal = ='
Banyak jugak hutang tuu.
Bila pulak lah aku tak bayar yuran. Semuanya dah settle awal-awal sem lagi.
Lepas duit JPA keluar je, hari tu jugak aku bayar yuran.
Tapi yang peliknya, bila aku tengok perincian hutang tu.
Aku dapat tau yang hutang tu semuanya lepas aku abis exam.
Jangan cakap dia masukkan yuran untuk sem 3 (short sem). Aku tak ambil short sem pun. 
Tadi aku pergi Jabatan Bendahari UKM nak tanya, tapi tak bukak pulak.
Terpaksa lah terus menuju ke kelas sebelum lambat. Lambat kena marah pulak kang.
Banyak benda dah aku fikir ni. 
Haiiiiiiiiiiiiiiiissssssssshhhhhhh = - = "




Tulisan tangan,