ADD :)

Friday 28 September 2012

Memaafkan bukan perkara yang mudah kan?


Kenapa susah nak memaafkan orang lain?
Adakah kita ni baik sangat dan  tak pernah buat apa-apa kesalahan?
Tak mungkin lah. Semua manusia akan buat salah kan?

Jadi, di kesempatan ini aku nak cerita siket betapa tak bestnya hidup kalau tak maafkan orang lain.

1. Rasa murung sepanjang hari. Malas nak cakap apa-apa. Kalau cakap pun buat sakit hati sendiri. Padahal orang lain takde kena mengena pun. = ='
2. Susah nak tidur sebab asyik dok fikir pasal orang lain yang menyakitkan hati.
3. Hati rasa macam tak kena. Boleh dikatakan takde ketenangan lah diri dalam jiwa ni.
4. Orang lain yang takde kena mengena pulak yang kena marah dan merajuk sebab kita. Kesian dorang tu. Tak pasal-pasal kena marah.
5. Study pun rasa macam takde yang masuk.

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa ni?
Mesti pernah kan?

Lepas tu aku cuba fikir balek...
Cuba aku muhasabah diri. Fikir kenapa orang tu buat macam tu. Betul ke yang aku buat ni?
Pendam rasa geram dan sakit hati sorang-sorang. Sampai nak solat pun kadang-kadang tak khusyuk.  Sepanjang hari macam tak kena je..

Jadi sebenarnya memaafkan lebih baik kan? :)
Bila dah maafkan kesalahan orang lain kita mesti akan rasa lebih tenang.
CUBA TRY!! :D heheheeeeeee

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". 
(al-Nuur: 22)






tulisan tangan,

2 comments:

  1. tingkat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada, dan yang paling tinggi adalah 'itsar' iaitu melebihkan sahabat itu lebih dari diri kita =)

    berlapang dadalah, bersangka baiklah.. itu akan membuat kita lebih tenang.. =)

    betul apa yang danis buat.. muhasabah diri, dan memaafkan orang lain.. ^^

    ReplyDelete
  2. Betul cakap mus. Kita kena berlapang dada. Memaafkan lebih baik :)
    Tak guna pun pendam rasa geram sorang-sorang.

    ReplyDelete

Silalah comment :)