ADD :)

Thursday, 12 July 2012

BEZA KITA DENGAN PEREMPUAN ARAB


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

YA ALLAH, 
Terasa sangat dengan satu post ni.
Muhasabah diri T_T


- Perempuan Arab memang hebat, boleh ANGKAT GAS, membantu bekerja sara keluarga,
dan tak banyak mengungkit. Sebab itu dari rahim mereka boleh lahir para PEJUANG, 
MUJAHIDDIN dan sang penakluk -

- Perempuan Melayu pula sibuk berkarya/berpuisi menanti bakal imam solatku, bakal tukang bayar SHOPPINGGKU.... 





Thursday, 28 June 2012

Sunway Pyramid Ice ~



Alhamdullillah, selepas berhempas pulas aku jawab exam, jadi aku buat keputusan untuk keluar jalan-jalan siket.
Actually, tak terfikir pun sampai nak main Ice Skating kat Sunway Pyramid tu.
Awal-awal nak pergi beli barang sikit kat Jalan TAR lepas tu balik.
Tiba-tiba.

krikkk..krrrikkk..

Kawan aku cakap dia nak pergi Sunway Pyramid.
Nak pergi main Ice Skating.
Wahh. Jakun pulak aku bila cakap pasal Ice Skating nih.
Tak pernah lagi main Ice Skating kot selama ni.
Hihihiiiii. So, jadi lah orang jakun kejap ><

Malu giler sebab sepanjang main Ice Skating tu aku pegang tepi dinding je.
Siap ada orang datang 3, 4 kali nak ajar aku biar pandai siket.
Tapi nak buat macam mana, aku sangat takut jatuh :(
So, orang ajar pun takda effect.
Mind set dah cakap TAK BOLEH. 
So, memang tak berjaya lah main Ice Skating dengan jayanya.
Huhuuu. 
Tapi still sangat seronok  :DDD
Lepas ni nak main lagi.
Walaupun tak pandai. tapi nak cuba lagi. heeee ^^






*********************

Haaa, nak selitkan sekali celebrate birthday Mas & Fara.
Sebab birthday dorang jatuh pada hari cuti, 
Kitorang sambut lah sebelum kami balik.
Dorang sangat tak sangka lah dapat kek ni.
Huuuhuuu.
Sebab birthday sebulan/ dua bulan lagi.
Tak salah kan nak sambut awal ? :DD

Lepas ni dah tak duduk bilik sebelah-sebelah dah :(
Entah-entah blok pun tak sama.
sob3...

Wish gud luck for next sem yang quite tough tu. 
( Neurology, Pathology @_@ )
Happy dapat luangkan masa banyak-banyak dengan kamu semua :)










Sunday, 3 June 2012

Exam - Bersyukur


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

8 Day to go ~
Exam is around the corner.
Banyak tak baca, ini tak habis baca, itu tak habis baca.
But, still I have time untuk habiskan semua.
So, kira boleh pulun lagi lah.

*****

Alhamdullillah. 
Yup, sometimes kita lupa untuk bersyukur  dan ucapkan Alhamdullillah.
We should thank to Allah swt every day and every second since we wake up pagi-pagi buta by saying Alhamdulillah that we are still alive.
Same goes to me :(
Masa ada masalah pun aku kena ucapkan Alhamdullillah, 
Allah masih beri aku kesihatan tubuh badan :')
Thankful to Allah for every good deed as small as it may seem to us.











Thursday, 31 May 2012

BANGKITLAH WAHAI DIRI :')


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL



Luahan hati di petang hari :')

Bangkitlah wahai diri !!!
Wahai diriku,
Kita tidak selalunya berada di atas, kadang-kadang kita akan berada di bawah.
Kita perlu kuat menjalani hidup ini.
Ingatlah, bahawa Allah sedang melihatmu.
Aku baru menghadapi sedikit sahaja ujian.
Tak sehebat ujian yang dilalui oleh penduduk-penduduk Palestin.

Bodohlah aku jika ingin berjaya tetapi tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh.
Bodohlah aku jika ingin online sepanjang masa tetapi tidak mahu mengingati-Mu sepanjang masa.

Ya Allah,
Kerdilnya aku ini.
Jika tiada masalah, aku leka. Leka mengingati-Mu.
Bila ujian datang tidak berhenti baru aku mulai mendekati-Mu,
Kuatkan aku supaya aku dapat menjalani hidup ini dengan redha-Mu Ya Allah.
Aku hanya manusia biasa.
Aku perlukan petunjuk dan kekuatan daripada-Mu.
Bangkitkanlah diriku :')
Ibu bapa ku pasti sedang menunggu kejayaanku.
Aku adalah anak sulung dan bakal menjadi contoh kepada adik-adikku yang lain.
Jika aku jatuh dan tidak berjaya bangkit kembali
Alangkah sedihnya hati keluargaku :(
Ya Allah berilah kekuatan insan bernama RAHMADANIS ERMAN :')


-ALLAH swt LISTENS & ALREADY KNOWS WHAT IS IN YOUR HEART BUT HE WANTS YOU TO ASK HIM FOR WHAT YOU WANT-







Tuesday, 29 May 2012

FAILED = PELANGI ??


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

Tak sampai  pun 2 minggu lagi aku akan menghadapi  peperiksaan FINAL untuk sem 2,
Rasa cepat je masa berlalu. Macam baru semalam je daftar kat UKM ni.
Tiba-tiba dah nak final exam. = ='
Biasa lah perasaan macam tu kan? Semua pun akan rasa benda yang sama.

Bila dah nak dekat exam ni, mula lah hormon-hormon keTENSIONan timbul.
Huhhh!!. Rasa penat pulak mengeluh. Ini tak habis baca, itu tak habis baca.
Mungkin subjek yang aku ambil untuk sem ni tak berapa berat. So selalu lah lengah-lengahkan study.
Bila dah dekat exam baru lah sedar,
 Walaupun subjek tak berapa berat tapi banyak jugak kena baca!!

*****
Aku rasa bertambah tension sekarang bila result midsem keluar dan aku dapat tau yang satu subjek yang aku ambil FAILED !! Dapat D tuu..
 Subjek yang boleh dikatakan senang nak score aku failed. Cuba bayangkan????
Result untuk subjek yang boleh dikatakan SUSAH aku dapat score dengan jayanya.
Satu subjek ni pulak aku failed?? 
Ya Allah, macam mana aku nak terima semua ni ??

Tiba-tiba hati jahat aku cakap  :
" Dari kecik aku tak pernah failed apa-apa subjek pun, dari tadika sampai lah sekarang. Aku tak pernah failed!! :'( Score paling tinggi tu selalu lahh. Dapat 100%, dapat A, dapat 4flat. Agggghhhhhh. !! "
Kenapa dengan subjek tu? Apa masalahnya?

Walaupun bukan aku sorang yang failed, TAPI...Arrrghhh. Rasa tak tau macam mana nak score dah.
Kalau midsem aku failed macam mana nak score final nanti :(((
Dah rasa macam failed walaupun belum final tau.



******
Tapi aku tau semua ni berlaku ada sebabnya. Sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Walaupun kadang-kadang aku rasa kesedihan datang tak berhenti-berhenti dalam kehidupan aku ni. 
Lagi-lagi bila mula menjadi mahasiswa Universiti, satu-satu masalah aku kena lalui.
Tapi sebenarnya inilah kehidupan. Kehidupan tu takkan selalunya indah kan?

Aku takkan jadi pelajar yang cemerlang sampai bila-bila kalau usaha aku pun tak sebanyak mana.
 Sebab aku failed, aku selalu muhasabah diri.
Biasalah, aku ni insan biasa, bila ada masalah mula lah dekatkan diri dengan sejadah.
Bukanlah aku dekatkan diri dengan sejadah bila ada masalah je.
Tapi makin lama lah aku berdoa bila selesai je solat, makin selalu aku solat hajat, baca ayat-ayat suci al-Quran. Sedikit sebanyak aku tenang je bila dapat masalah-masalah yang makin bertambah-tambah bila nak nak exam dan cuti ni. 
Dan yang paling penting aku dapat rasakan yang aku semakin dewasa dalam menghadapi masalah.
Dapat tau jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah. Dapat mengenal erti kehidupan sebenar ^^


-KADANGKALA ALLAH HILANGKAN MENTARI DAN DIA DATANGKAN GURUH,
PUAS KITA MENANGIS. MENCARI MANA MENTARI KITA.
RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH-