ADD :)

Tuesday 29 May 2012

FAILED = PELANGI ??


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

Tak sampai  pun 2 minggu lagi aku akan menghadapi  peperiksaan FINAL untuk sem 2,
Rasa cepat je masa berlalu. Macam baru semalam je daftar kat UKM ni.
Tiba-tiba dah nak final exam. = ='
Biasa lah perasaan macam tu kan? Semua pun akan rasa benda yang sama.

Bila dah nak dekat exam ni, mula lah hormon-hormon keTENSIONan timbul.
Huhhh!!. Rasa penat pulak mengeluh. Ini tak habis baca, itu tak habis baca.
Mungkin subjek yang aku ambil untuk sem ni tak berapa berat. So selalu lah lengah-lengahkan study.
Bila dah dekat exam baru lah sedar,
 Walaupun subjek tak berapa berat tapi banyak jugak kena baca!!

*****
Aku rasa bertambah tension sekarang bila result midsem keluar dan aku dapat tau yang satu subjek yang aku ambil FAILED !! Dapat D tuu..
 Subjek yang boleh dikatakan senang nak score aku failed. Cuba bayangkan????
Result untuk subjek yang boleh dikatakan SUSAH aku dapat score dengan jayanya.
Satu subjek ni pulak aku failed?? 
Ya Allah, macam mana aku nak terima semua ni ??

Tiba-tiba hati jahat aku cakap  :
" Dari kecik aku tak pernah failed apa-apa subjek pun, dari tadika sampai lah sekarang. Aku tak pernah failed!! :'( Score paling tinggi tu selalu lahh. Dapat 100%, dapat A, dapat 4flat. Agggghhhhhh. !! "
Kenapa dengan subjek tu? Apa masalahnya?

Walaupun bukan aku sorang yang failed, TAPI...Arrrghhh. Rasa tak tau macam mana nak score dah.
Kalau midsem aku failed macam mana nak score final nanti :(((
Dah rasa macam failed walaupun belum final tau.



******
Tapi aku tau semua ni berlaku ada sebabnya. Sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Walaupun kadang-kadang aku rasa kesedihan datang tak berhenti-berhenti dalam kehidupan aku ni. 
Lagi-lagi bila mula menjadi mahasiswa Universiti, satu-satu masalah aku kena lalui.
Tapi sebenarnya inilah kehidupan. Kehidupan tu takkan selalunya indah kan?

Aku takkan jadi pelajar yang cemerlang sampai bila-bila kalau usaha aku pun tak sebanyak mana.
 Sebab aku failed, aku selalu muhasabah diri.
Biasalah, aku ni insan biasa, bila ada masalah mula lah dekatkan diri dengan sejadah.
Bukanlah aku dekatkan diri dengan sejadah bila ada masalah je.
Tapi makin lama lah aku berdoa bila selesai je solat, makin selalu aku solat hajat, baca ayat-ayat suci al-Quran. Sedikit sebanyak aku tenang je bila dapat masalah-masalah yang makin bertambah-tambah bila nak nak exam dan cuti ni. 
Dan yang paling penting aku dapat rasakan yang aku semakin dewasa dalam menghadapi masalah.
Dapat tau jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah. Dapat mengenal erti kehidupan sebenar ^^


-KADANGKALA ALLAH HILANGKAN MENTARI DAN DIA DATANGKAN GURUH,
PUAS KITA MENANGIS. MENCARI MANA MENTARI KITA.
RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH-





No comments:

Post a Comment

Silalah comment :)