ADD :)

Thursday 31 May 2012

BANGKITLAH WAHAI DIRI :')


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL



Luahan hati di petang hari :')

Bangkitlah wahai diri !!!
Wahai diriku,
Kita tidak selalunya berada di atas, kadang-kadang kita akan berada di bawah.
Kita perlu kuat menjalani hidup ini.
Ingatlah, bahawa Allah sedang melihatmu.
Aku baru menghadapi sedikit sahaja ujian.
Tak sehebat ujian yang dilalui oleh penduduk-penduduk Palestin.

Bodohlah aku jika ingin berjaya tetapi tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh.
Bodohlah aku jika ingin online sepanjang masa tetapi tidak mahu mengingati-Mu sepanjang masa.

Ya Allah,
Kerdilnya aku ini.
Jika tiada masalah, aku leka. Leka mengingati-Mu.
Bila ujian datang tidak berhenti baru aku mulai mendekati-Mu,
Kuatkan aku supaya aku dapat menjalani hidup ini dengan redha-Mu Ya Allah.
Aku hanya manusia biasa.
Aku perlukan petunjuk dan kekuatan daripada-Mu.
Bangkitkanlah diriku :')
Ibu bapa ku pasti sedang menunggu kejayaanku.
Aku adalah anak sulung dan bakal menjadi contoh kepada adik-adikku yang lain.
Jika aku jatuh dan tidak berjaya bangkit kembali
Alangkah sedihnya hati keluargaku :(
Ya Allah berilah kekuatan insan bernama RAHMADANIS ERMAN :')


-ALLAH swt LISTENS & ALREADY KNOWS WHAT IS IN YOUR HEART BUT HE WANTS YOU TO ASK HIM FOR WHAT YOU WANT-







No comments:

Post a Comment

Silalah comment :)